Melihat bebudak melilau di kaki masjid dengan bising dan bingit dalam penjuru masjid buat agak tidak tenteram kepada jemaah yang ada. Saya pun rasa geram. Lalu menyumpah, "anak siapa la semua ni"..
Sehari sebelum Deepavali lagi membuat bingit apabila banyak mercun dibakar mahu oleh yang india mahupun melayunya. Teringat pulak zaman kanak-kanak saya yang dibesarkan di kampung dengan suasana tradisional diselit dengan kenakalan terhad.
Bila semua datang secara tetiba di bayangan, kita baru sedar yang kita telah melupai suatu bahagian hidup kita. Malah kebolehan dan kelebihan yang pernah kita ada, sudah tiada lagi. Adakah kita merubahnya atau zaman menukar cara kita?
Buku Tiga Lima
Seawal saya umur 5 tahun, saya dah ada buku 555 di sebuah kedai runcit. Itu 'kad kredit' pertama saya yang mana kesemua kredit dilangsaikan oleh abah secara bulanan kepada tuanpunya kedai runcit itu. Pada masa kanak-kanak saya banyak menghabiskan masa di rumah datuk saya kerana abah akan berada di sana bagi kerja-kerja bendang samada pagi atau petang. Masa itu abah bekerja shift dengan KADA.
Selaku 'pengkaki' yang setia, saya sentiasa sekaki dengan abah. Tetapi masa saya dihabiskan di rumah arwah nenek. Kata abah, kalau nak nak gi rumah ma (panggilan saya kepada kakak kandung abah, makngah pada masa tersebut merangkap tuan kedai runcit) "ambik la apa pun tapi jangan lebih 20 sen". Masa itu, nilainya amat tinggi bagi budak kecil macam saya.
Tapi saya tahu, had limit kredit saya ialah 60 sen sehari sekiranya terdapat emergency. Maka setiap hari selepas mengaji Quran dan kena balun sikit sebanyak di telinga oleh datuk saya, saya meniti penghadang banjir untuk rumah makngah bagi menghabiskan kredit yang diberikan.
Kenangan lama dimuatkan dalam beberapa siri.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..