Sunday, October 4, 2009

Duit Raya Anak Lebih RM300... Abinya Sengkek Penuhi Jemputan Raya..


Alangkah seronoknya beraya sebagai budak-budak. Mengutip duit raya pepagi hari sebelum menjamah sarapan sunat di pagi raya. Aduh! seronok sungguh..

Tahun ini kami sekeluarga mengenakan warna ungu. Kata Isteri saya, ungu warna romantik dan ong kerana itu warna baju perkahwinan kami. Walaupun ini adalah baju raya dan baru yang diilhamkan dariapda warna baju perkahwinan kami, saya ingin tegaskan bahawa baju melayu perkahwinan saya di tahun 2003 masih boleh dipakai dan muat seadanya. Moral pernyataan tersebut boleh diambil fikir-fikirkan..

Hari raya kali ini macam biasa dan penuhi kunjungan ke merata tempat dan semua saudara terdekat. Kenduri-kendara pun mengambil peluang dengan cuti yang agak panjang ini. Namun beraya di dalam musim yang agak panas di Kelantan buat kami sekeluarga deman, selsema dan batuk-batuk.

Malah yang lebih mengecewakan fenomena ini telah membuatkan baju saya 'mengecut' kepada saiz yang lebih kecil. Maka siapa nak dipersalahkan?

Pulang ke Lembah Klang masih lagi merancang hari raya termasuk jemputan rumah terbuka serta pejabat terbuka. Selain daripada itu ada juga jemputan raya secara peribadi yang jenuh nak sesuaikan masa kunjungan tersebut.

Manakala seperti biasa, saya tidak membuat rumah terbuka kerana ada perancangan lain termasuk rumah terbuka KSSG telah dirancang untuk dibuat. Jumpa di sana sahaja. Tetapi rumah selalu terbuka kepada kunjungan raya tertakluk kepada makluman awal mengenai kehadiran kerana aktiviti saya telah pun bermula minggu ini. Nampaknya, saya tidak lagi seluang masa ketika Ramadhan.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►