Saban hari kita melihat ada kempen membaca yang dijalankan oleh pihak Kerajaan bagi memupuk mnat membaca di kalangan rakyat Malaysia. Saya bukan ulat buku apatah lagi nak memegang buku lebih dari sejam. Paling tinggi boleh pegang buku rasanya 45 minit sahaja. Itupun boleh dimuatkan sebagai rekod dunia peribadi saya.
Tetapi saya memang minat pada buku. Seawal di peringkat sekolah rendah saya telah secara konsisten mendapatkan majalah khas untuk saya dan akhbar Minda Pelajar pada masa itu. Semuanya berdasarkan duit saku. Sebagai budak kampung, ibubapa kita bukan orang yang mempunyai dana kewangan yang jujur dalam menyalurkan kepada minat sedemikian. Anda pun sendiri faham la. Silap nanti kita kena tegur, "baca buku sekolah dulu".
Di peringkat sekolah menengah saya mendapatkan secara konsisten majalah Gila-Gila dan Pendekar. Tetapi naskhah Pendekar asyik terbabas sahaja. Maklumlah kos yang agak tinggi untuk majalah tersebut jika dibandingkan dengan isipadu maklumat yang ada.
Sekiranya ke bandar dan atau kemana-mana, saya pantang melihat kedai buku kerana kalau saya mulai masuk kedalam, saya boleh habiskan 1-2 jam di situ bagi belek buku sahaja. Belum baca lagi. Itu sebabkan kalau ada buku yang murah, saya cuba untuk dapatkannya.
Entah kenapa, semasa di Universiti Kebangsaan Malaysia minat ini hilang sedikit demi sedikit. Rasa sayang pada buku mula kabur dan koleksi majalah di kampung mula saya katakan "lantaklah!".. satu persatu koleksi hilang dalam almariku.
Mungkin masa ini tidak sesuai kerana sebagai pelajar perundangan masa itu, pembelian buku perundangan adalah amat tinggi kosnya. Mana ada kos buku perundangan dalam RM10-20 seunit. Satu-satunya buku perundangan yang mampu dimiliki adalah buku mengenai topik Perundangan Keterangan hasil penulisan YA Augustine Paul yang dibeli dengan harga RM250.00 iaitu separuh harga asal. Itupun buku terpakai.
Bila difikirkan balik semua ini merugikan dan selepas kahwin saya cuba menyemai balik minat tersebut dan perkara yang pertama ialah saya mencadangkan satu majalah khas bagi kami sekeluarga maka semenjak 4 tahun lepas, secara konsisten kami mendapat majalah Mingguan Wanita, Mastika dan Seni Beladiri. Tetapi kini mungkin akan ada perubahan memandangkan isi kandungan majalah tersebut yang makin kurang menarik hati saya.
Manakala isteri saya pula mendapat koleksi novelnya bagi setiap masa tertentu dan secara purata seminima sebulan satu novel di baca. Maka berderetanlah noel di dalam almari buku kami. Saya tidak pernah sentuh novel-novel ini kerana saya tidak berapa minat pembacaan novel. Sepanjang 4 tahun, saya hanya mennghabiskan satu novel isteri saya, itupun kerana bercuti selama seminggu kerana chicken pox. Terlampau buntu untuk melakukan apa di rumah, saya gagahkan juga untuk habiskan satu novel.
Saya juga ada membeli beberapa novel Inggeris yang dijual murah tetapi sayangnya saya tidak pernah menghabiskannya walaupun cerita dan penyusunan ayatnya amat saya kagum. Entah kenapa.. Malas membuka kamus barangkali setiapkali bertemu perkataan yang tidak berapa faham. Kena cari kamus inggeris bergerak agaknya.
Manakala saya sudah bercukup dengan majalah yang ada kecuali pada masa tertentu cuba juga mendapatkan beberapa buku ilmiah daripada kedai buku wak yang saya kunjungi di Jalan Masjid India setiap kali ada kerja di Mahkamah Kuala Lumpur (Jalan Raja).
Semasa puasa tempohari saya banyak menghabiskan masa membuat kerja di internet dan sempat diluangkan masa untuk membelek blog rakan-rakan saya. Saya cuba mengambil ikhtibar daripada 2 blog rakan saya yang juga antara pengunjung tetap blog saya ini. Mereka nampak rajin membaca dan meletakkan label pembacaan buku yang kini sedang dibuat. Kagum pula saya lihat si Zalila Isa, seorang wartawan JADIM cum camerawoman cum itu dan ini. Seorang minah bayan tahap platinum, bukan iron lady lagi dah. Seorang lagi ialah Azizan Ramly seorang rakan dan adik yang menjadi eksperimen perubatan bekam saya dan dalam masa yang sama antara saya rujuk mengenai perubatan Islam kerana hubungan baiknya melebihi saya dengan Ustaz Ismail Kamus.
Saya juga dalam memujuk seorang rakan untuk mendapatkan satu koleksi agung seni beladirinya yang dikatakan ingin dilupuskan. Ingin sangat saya bertandang ke rumahnya dalam masa terdekat ini untuk melihat dulu koleksi tersebut. Apa yang pasti koleksi itu sahaja akan memuatkan 12 ruangan rak buku saya. Mungkin lebih.
Selain daripada itu, untuk lebih menyemarakkan lagi minat membaca ini selagi nampak beria-ia, saya mula letakkan senarai buku yang saya dapatkan pada tahun ini. Tetapi senarai itu adalah buku-buku baru yang saya beli bermula daripada September 2009 ke atas sahaja. Senarai tersebut akan saya panjangkan tahun demi tahun bagi menaikkan minat membaca kepada anda semua dan peringatan juga kepada saya.
Bermula daripada minggu lepas juga, saya mula membawa buku bacaan ringan ke Mahkamah. Mungkin kerana cabaran kerja yang paling besar di Mahkamah adalah menunggu giliran dan prosiding Mahkamah. Sementara menunggu mungkin ada baiknya diisi dengan buku bacaan. Amalan ini ternyata agak memberikan kesan dan saya mula mengejar masa untuk mengetahui perkara itu lebih lanjut. Perkara dan rasa ingin tahu ini jarang saya rasai melalui pembacaan novel. Terbalik bagi anda.. tidak pelik bagi saya.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang menyokong dan mengamalkan minat membaca. Terima kasih kepada mereka berdua yang saya nyatakan tadi sekali lagi. Saya telah mulakan, anda bila lagi?
5 komen:
Good job Sham. Masa tengah baca tulisan awak, tiba2 teringat tulisan seseorang di FB awak. Scrolling down ... bertemu akhirnya. ZALILA ISA, kirim salam kat dia ye? Kagum & admire hasil tulisan2 dia, mcm sorang kenalan saya Putri Al-Inshirah Megat Sapeli ... anyway, keep it up!
Saya pun tak pernah jumpa Zalila Isa. Cuma ada baca juga hasil penulisannya di majalah. Seorang penulis muda berbakat. Salah seorang rakan saya kini, saya tumpang bangga je..
Teringat zaman di sepejabatkan maznah, dulu setiap petang sebelum maghrib saya dok lepak bilik 2nd boss dok baca buku... nak beli mahal.
erkk..tiba-tiba nama saya jadi 'kuat' di sini. Padahal, saya juga jenis yang baca buku ikut masa terluang.
Mungkin juga, kerja sebagai wartawan laman web menyebabkan saya perlu membaca. Perlu.
Memang benar, ramai yang minat membeli daripada membaca. Percayalah, ia perlakuan yang tidak merugikan.
Semoga kita semua semakin rajin membaca.
TQ Cik Bayan... mai la jalan rumah kami. Beraya, jangan lupa angpau untuk anak saya.. hahah
Dah baca sila bagi sepatah kata..