Thursday, October 29, 2009

Kes Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) - Pengarah Syarikat Dilepaskan Tanpa Dibebaskan

Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah melepaskan tanpa membebaskan seorang pengarah syarikat selaku Orang Kena Saman (OKS) dalam satu kes pertuduhan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan daripada Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP).

Mahkamah telah menetapkan tarikh hari ini bagi sebutan menentukan status saksi utama di dalam tersebut dan bicara. Bagaimanapun, pihak pendakwaan memaklumkan bahawa masih lagi tidak dapat mengesan saksi utama tersebut dan kemungkinan beliau masih lagi tidak bekerja yang menyebabkan pihak pendakwaan gagal mengesan beliau melalui daftar pekerjaan KWSP.

Pada tarikh yang lepas, pihak Mahkamah yang Mulia telah menetapkan tarikh bicara dan bertegas untuk menjalankan kes tersebut dengan pihak pembelaan bersedia tertakluk kepada saksi utama di soal sebagai saksi pertama pendakwaan sebelum saksi lain boleh dikemukakan atas alasan prosedur penyiasatan dan pertuduhan KWSP yang agak berlainan dengan perundangan jenayah biasa.

Atas beberapa alasan, pihak pendakwaan pada masa tersebut gagal mengemukakan saksi utama kes tersebut dan turut menyatakan bahawa sepina kepada saksi pada masa tersebut masih lagi belum dapat diserahkan.

Atas alasan yang sama dan permohonan daripada pihak pembelaan, Mahkamah Majistret hari ini bersetuju untuk melepaskan tanpa membebaskan pengarah syarikat (OKS) tersebut daripada kes ini.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►