Friday, October 30, 2009

Kes Kemalangan Ditetapkan Untuk Keputusan

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan satu tarikh bagi keputusan kepada pembicaraan penuh satu kes kemalangan menyebabkan kematian kepada seroang penunggang motosikal pada tahun 2004.

Kes yang telah dibicarakan dengan mendengar 6 saksi daripada kedua-dua pihak termasuk Pihak Ketiga yang memberikan keterangan akan diputuskan pada tarikh tersebut setelah ketiga-tiga pihak membuat hujahan akhir kes melalui hujahan bertulis.

Pihak Plaintif diwakili oleh Yang Berhormat Manogar manakala Defendan Kedua diwakili oleh Hisham Nazir dan Pihak Ketiga hadir ke Mahkamah walaupun diminta berbuat sedemikian.

Kes ini menarik minat Mahkamah pada satu ketika apabila kemalangan ini melibatkan pemanduan yang dibuat oleh pihak Defendan Pertama yang tidak pernah mengenai pemilik kenderaan tersebut iaitu Defendan Kedua.

Manakala isu pemilikan dan posesi kenderaan tersebut lebih menarik apabila pihak Defendan Kedua yang disokong dengan keterangan beberapa saksi dan pengakuan daripada pihak Ketiga bahawa pihak Ketiga telah membeli kenderaan tersebut tetapi tidak membuat urusan tukar nama kepada beliau atas alasan ingin menjualnya lagi. Yang mana dipercayai dijual pula kepada Defendan Pertama.

Notis Pihak Ketiga dimasukkan oleh Pihak Defendan Kedua apabila dibenarkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Julai 2009 melalui permohonan rasmi mereka.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►