Wednesday, October 28, 2009

Kes Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 Ditetapkan Untuk Bicara Pada 2010

Mahkamah Sesyen Shah Alam menetapkan tarikh bicara bagi mendengar keterangan 5 saksi yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan di dalam pertuduhan ke atas seorang pekerja am di bawah seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya1952.

Mahkamah yang dimaklumkan oleh pihak Pendakwaan bahawa tarikh hari ini ditetapkan bagi sebutan menetapkan tarikh bicara dan dalam masa yang sama sebutan keputusan representasi pihak pembelaan.

Pihak pembelaan yang diwakili oleh Hisham Nazir memaklumkan bahawa representasi masih belum diserahkan atas beberapa masalah termasuk mendapatkan beberapa fakta kes dalam tangkapan sama tetapi di tuduh di Mahkamah Majistret Selayang.

Menurut pihak pembelaan lagi, pihak mereka ada berbincang dengan pihak pendakwaan dan bersetuju agar satu tarikh bicara ditetapkan. Dalam masa yang sama, representasi akan dihantar kepada pihak pendakwaan bagi pertimbangan sewajarnya.

Pihak pembelaan juga memberikan cadangan agar sekiranya representasi pihak pembelaan ditolak atau gagal diputuskan oleh pihak pendakwaan pada tarikh bicara kelak, pihak-pihak akan bersedia untuk menjalankan permbicaraan tersebut pada hari tersebut.

Cadangan tersebut adalah bagi mengelakkan kerugian masa dan kos pihak-pihak terlibat terutama pihak Mahkamah yang Mulia serta bagi keadilan semua pihak termasuk pihak Orang Kena Tuduh (OKT) yang telah ditahan reman di Penjara Sungai Buloh semenjak 2007. Malah pertuduhan tersebut juga menghalang pihak OKT dijamin keluar sementara menunggu tarikh pembicaraan.

Atas permohonan dan cadangan tersebut, Mahkamah Sesyen menetapkan 2 hari untuk pembicaraan tersebut.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►