Monday, May 25, 2009

Rayuan Pihak Pendakwaraya Untuk Hukuman Berasingan Ditolak

Mahkamah Tinggi (Jenayah) Kuala Lumpur telah menolak rayuan pihak Pendakwaraya terhadap satu hukuman yang dikenakan terhadap Abdul Kamar Saidin bagi membolehkan hukuman terhadap beliau dijalankan secara berasingan.

Abdul Kamar sebelum itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 8 tahun dan 3 sebatan setiap pertuduhan yang mana tiga pertuduhan di kemukakan terhadap beliau bagi satu kes rogol terhadap remaja di bawah umur.

Menurut fakta kes, Abdul Kamar bersama mangsa telah berada di dalam sebuah hotel di ibukota Kuala Lumpur dan telah melakukan hubungan seks sebanyak 3 kali dalam tempoh kurang daripada 24 jam. Sehubungan itu, 3 pertuduhan rogol dikemukakan pada tahun 2007.

Hakim Mahkamah Sesyen ketika itu yang menerima pengakuan bersalah Abdul Kamar setelah beberapa tarikh perbicaraan ditunda ekoran Abdul Kamar tidak mampu mendapatkan seorang peguambela untuk menjalankan kes beliau, telah menjatuhkan hukuman seperti di atas setalah mengambilkira kesemua faktor kes dan perundangan serta fakta kes ini dan memutuskan hukuman tersebut dijalankan serentak daripada tarikh tangkapan memandangkan Abdul Kamar telah direman semenjak 2006.

Yang Arif Hakim Tuan Azman setelah mendengar hujahan pihak pendakwaan selaku Perayu dan Peguambela Responden, bersetuju bahawa pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah membuat kesimpulan perundangan yang betul dalam mentafsirkan isu 'proximity' di dalam fakta kes tersebut dan menolak rayuan pihak Pendakwaraya.

Bagaimanapun, Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi tidak mengubah apa jua hukuman sedemikian dan tiada rayuan balas dibuat bagi hukuman tersebut.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►