Friday, May 29, 2009

Kes Bunuh Tidak Sengaja Tangguh Bicara

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur telah menangguhkan pembicaraan satu kes bunuh tidak sengaja di bawah seksyen 304 Kanun Keseksaan apabila beberapa penstrukturan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dilakukan bagi mengemaskan pentadbiran Mahkamah Sesyen Jenayah.

Kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Sesyen (Jenayah 6) daripada Mahkamah Sesyen (Jenayah 3) yang mana kini Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur mempunyai mahkamah yang berasingan dan diasingkan mengikut kes dan pertuduhan serta jabatan pendakwaan tertentu bagi kemudahan dan mengemaskini pentadbiran pendakwaan dan kehakiman di sana.

Selain daripada itu, pihak Pendakwaraya juga bercuti serta salah seorang daripada 3 tertuduh tidak diwakili oleh peguambela walaupun sebelum tarikh bicara tersebut beliau diwakili oleh seorang peguambela.

Atas kegagalan kehadiran Peguambela dan keadilan segera memandangkan 2 Orang Kena Tuduh adalah direman maka tarikh bicara singkat ditetapkan.

Pihak Hakim Mahkamah Sesyen dalam masa yang sama turut memberikan nasihat dan amaran kepada OKT yang tidak mempunyai peguambela bahawa bagi tujuan keadilan, kes bicara akan diteruskan pada tarikh yang akan datang samada bersama atau tanpa peguambela memandangkan melibatkan OKT reman. OKT juga dinasihatkan untuk bersedia untuk menjalankan kes sendiri sekiranya gagal melantik peguambela pada tarikh bicara pada masa akan datang.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►