Monday, May 25, 2009

Buruh Binaan Di Berikan Peluang Kedua

Kuala Lumpur, 23 April 2009 - Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini memberikan peluang kedua kepada remaja melayu bernama Zulkifli yang kini bekerja sebagai buruh binaan di Pasir Putih Kelantan.

Zulkifli di dakwa pada tahun 2007 atas dua pertuduhan mencuri peralatan kenderaan bermotor di bawah seksyen 379A Kanun Keseksaan dan juga pertuduhan pilihan setiap satu iaitu menyimpan barangan curi dan menyeleraikan barangan kenderaan bermotor yang dipercayai kenderaan curi yang mana boleh membawa hukuman penjara minima 6 bulan penjara.

Bagaimanapun di dalam mitigasi yang dilakukan oleh peguambela beliau, atas beberapa faktor mitigasi termasuk menanggung nafkah keluarga iaitu ibubapa, adik beradik dan juga seorang isteri yang masih menuntut di sebuah Institut Pengajian Tinggi Awam dan sedang mengandung.

Pihak Mahkamah yang Mulia juga bersetuju dengan mitigasi dan hujahan pihak Peguambela mengenai perundangan berkaitan hukuman mandatori penjara dan memberikan peluang kedua kepada Orang Kena Tuduh untuk berkelakuan baik selama dua (2) tahun secara bercagar terhadap kedua-dua pertuduhan tersebut.

Ibu beliau yang hadir bersama suami dan menantu serta anak bongsu mereka kelihatan menangis.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►