
Walaupun begitu, masih banyak minggu ini akhbar memaparkan ceritera manusia di Malaysia yang sanggup buang anak tanpa rasa belas kasihan. Apa logik dan munasabah tindakan tersebut. Adakah mereka bimbang kekurangan rezeki? Apakah mereka bimbang dicaci cela kerana ianya hasil daripada perbuatan haram? Adakah sememangnya manusia ini kejam?
Apa pun jawapannya; sungguhlah manusia yang berbuat sedemikian tidak mengimani Qadak & Qadar Allah SWt yang telah ditetapkan. Lagikan di bumi gersang Afrika masih banyak anak yang mampu hidup dengan sesuap nasi. Sekacau Palestin dan bumi Baghdad, masih ramai anak-anak yang sanggup dibesarkan ibu mereka. Siapa kita untuk memutuskan silaturahim dengan anak tersebut setelah dianugerahkan oleh Tuhanmu.
Anak-anak ini mungkin penghapus dosa-dosa besar kita dengan tindakannya kelak. Anak-anak ini mungkin penghalang kita dari api neraka kerana lidahnya fasih al Quran. Tiada siapa yang mampu membaca masa hadapan.
Amanah yang paling besar diberikan kepada kita melalui anak kecil ini ialah pendidikan. Bagaimana ingin mendidik anak-anak kecil ini agar ia adalah Islam dan berguna kepada masyarakat kelak. Saham terhebat apabila kita mengIslamkan hidup anak-anak kecil ini kerana doa dan ingatannya kepada kita kelak akan membekalkan kita pahala sehingga hujung generasi.
Siapa kita hendak menafikan hak anak-anak kecil itu.
1 komen:
INsyaAllah
Dah baca sila bagi sepatah kata..