Friday, February 6, 2009

Kakitangan Kerajaan Di dakwa Menyerang

Putrajaya: Dua lelaki India yang merupakan adik-beradik telah didakwa di Mahkamah Masjitret Kajang (bersidang di Putrajaya) atas tuduhan menyerangkan dan mendatangkan kecederaan kepda beberapa orang lelaki India yang lain.

Kejadian berlaku di hadapan rumah 2 lelaki India tersebut. Menurut OKT, bekas majikan dan keluarga majikan adik mereka hadir ke rumah mereka di Seri Kembangan dan mula memaki hamun mereka setelah adik mereka meninggalkan kerja atas alasan kerja yang dilaksanakan adalah bersifat penipuan yang mana majikan beliau dikatakan membuat kerja-kerja mengutip derma atas nama Nursing Home yang mana kesemua hasil kutipan digunapakai oleh majikan mereka.

Menurut mereka, beberapa lelaki india yang bertindak samseng juga hadir bersama bekas majikan tersebut. Beberapa pertelingkahan berlaku dan cubaan memasukki rumah OKT telah menyebabkan pergaduhan berlaku dan melibatkan senjata tajam. Menurut OKT, mereka cuma mempertahankan keluarga mereka daripada diserang yang mana jelas perkara tersebut berlaku di perkarangan rumah mereka.

Representasi kini dibuat kepada pihak Jabatan Peguam Negara untuk pertimbangan kes ini ditarik balik.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►