Friday, February 6, 2009

Amalan Ringkas Tetapi Siapa yang Memandang Berat?

Amalan itu wajib. Jangan biar minda kita dijajah bahawa bila disebut amalan , maka semua benda khurafat. Bukankah Rasullulah SAW telah mengajar kita amalan-amalan setiap masa termasuk dalam tandas mahupun tidur. Amallah kesemuanya. Tindakannya dan juga doanya" - Ustaz saya

Mungkin kita tidak sedar bahawa sebelum tidur banyak amalan-amalan tertentu yang perlu kita buat. Mungkin amalan tersebut adalah amalan khas dibuat tidur mahupun amalan-amalan seharian yang tertinggal di siang hari. Maka sebelum tidur, ber 'qadak' lah kita.

Beberapa peringatan amalan sebelum tidur melalui hadis Rasullulah SAW. Namun saya memohon maaf kerana tidak dapat menyertakan beberapa keratan hadis tersebut kerana atas kedaifan sendiri dalam penyediaannya. Dalam seharian, kita dipesan agar mengkhatamkan al Quran sekali sehari (minima) untuk diakui sebagai umat Nabi Mohammad SAW. Adakah amalan ini pernah kita buat?

Dalam satu hadis disebut dua kali bacaan al Ikhlas adalah menyamai pahala satu al Quran. Kita ada baca seminima 2 kali sehari surah Al Ikhlas?

Dalam hadis yang lain, disabdakan bahawa 3 kali bacaan al Fatihah adalah menyamai pahala satu al Quran. Adakah kita membaca al Fatihah seminima 3 kali sehari? Sembahyang lain cerita.

Seorang ustaz pernah maklumkan saya selain daripada itu, kita juga dipesan oleh Junjungan Besar Baginda SAW bahawa setiap hari menunaikan haji yang mana pahalanya menyamai kalimah "Subhanallah walhamdullilah walaillah illAllah wal Allahuakbar walahaulawala kuawataiilah billahil aliyilazim". Pun kita tak buat.

Amalannya ringkas tetapi siapa yang memandang serius?

1 komen:

Anonymous said...

Makasih atas peringatan. Amat berguna. Ada hadis lengkap tak?

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►