Thursday, February 5, 2009

Kuasa Sultan Perak Menolak Permohonan YB Nizar untuk Membubar DUN

Tuanku Baginda Al Sultan Perak mempunyai kuasa budibicara di bawah XVIII (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan dan telah menggunakan budi bicara tersebut setelah tidak berkenan permohonan membubarkan DUN.

Dari satu sudut, Sultan Perak telah menggunakan budibicaranya dengan amat baik apabila memberikan kuasa kepada yang lebih mendapat kepercayaan iaitu pada masa ini ialah Barisan Nasional kerana 3 makhluk bebas tersebut juga menyokong Barisan Nasional.

Budibicara ini akan mengelakkan pertelingkahan politik akan berkurangan dari sudut pentadbirannya. Yang sedikit kena turun. Yang banyak pengaruhnya maka dia akan memerintah. Itu perundangan rimba. Tetapi kita menggunapakainya dalam konsep Demokrasi.

Keputusan Sultan Perak juga akan mengelakkan berlaku pembaziran dalam pengundian kembali dan seterusnya banyak lagi isu politik wang akan timbul.

Namun jika difikirkan dari sudut kedua, iaitu sudut demokrasi yang memberikan kuasa penuh kepada rakyat dalam memilih pemimpin. Maka keputusan Sultan Perak akan memberikan kesan yang amat besar sekiranya keadaan politik tidak di kawal atau diredakan oleh pihak Barisan Nasional mahupun pihak Istana. Campurtangan pihak polis akan memberikan lebih dendaman rakyat kepada Barisan Nasional dan Sultan Perak sendiri.

3 Mahkluk bebas yang dikatakan hilang diculik atau disuntik pelali oleh mana-mana pemburu itu telah keluar semalam dengan berita pengunduran dan sokongan kepada Barisan Nasional. Perlu diingatkan bahawa 3 makhluk bebas ini dipilih oleh rakyat perak atas tiket Pakatan Rakyat dan bukan atas individu. Malah aku kalau tengok muka pun nampak tak setuju sangat nak pilih depa. Tapi memang dari dulu aku tidak sokong PKR. Mana tidaknya, 2 orang kaki sapu katanya. Seks pun ada sedekahnya. Tapi Anwar Ibrahim nak simpan juga. Apa aku nak kata!

Atas loncatan 3 makhluk bebas tersebut, rakyat setempat mungkin akan naik darah dan pelbagai perhimpunan akan menyusul. ISA pun mungkin satu perkataan yang tidak pelik mana untuk disebut oleh nyonya-nyonya di Ipoh. Selain daripada penurunan sokongan yang paling minima kepada Barisan Nasional yang bekemungkinan besar akan menerimanya di dalam PRU 13 kelak, mungkin rasa hormat dan kecewa yang amat akan diluahkan kepada Sultan mereka dalam masa terdekat dan lama. Ini akan memberikan kesan kepada rasa hormat yang kurang Raja mereka. Ini kerana tiada pilihanraya dibuat dan kuasa diberikan kepada Barisan Nasional. Rakyat cuma tahu mereka ada hak untuk mengundi dan memilih pemimpin mereka dan hak ini dinafikan. Mereka mana berminat untuk berfikir logik dan munasabah keputusan Sultan Perak itu.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►