Thursday, February 5, 2009

Pakatan Rakyat Perak Terkubur

Pakatan Rakyat di Perak bukan lagi kemungkinan tetapi sah terkubur dan mengukir sejarah apabila dikatakan kerajaan yang dibina paling pendek di Malaysia iaitu 10 bulan sahaja. Alasan kematian setelah diperiksa teliti oleh pihak forensik Putrajaya, nampaknya kematian disebabkan ada duri dalam daging. Duri yang dimaksudkan amat kecil dan hanya 3 sahaja duri dikesan. Malah duri-duri ini item yang tiada kualiti langsung dan hanya kebetulan hadir ditempat dan masa yang betul, maka tubuh Pakatan Rakyat mulai sasau.

Dengan kuasa budibicara Sultan Perak menolak permohonan YB Nizar untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri dan sekali gus menerima makluman bahawa kerajaan Perak kini tiada kepercayaan lagi setelah menemui kesemua 31 wakil Rakyat Barisan Nasional dan "bebas" tersebut.

Bukankah Allah SWT menyebut:

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. " Ali 'Imran , 26.

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►