2-3 bulan lepas ada seorang kawan lama bertembung di MRCB, Shah Alam. Macam biasa bila berjejak kasih lama, banyak lah cerita yang keluar. Dari cerita ponteng sekolah sehingga sepak terajang dalam Gayong semasa awal 90an di Kelantan.
Dalam sedap bercerita, dia meminta tolong kawe memagar rumah beliau. Rumah tersebut dikatakan baru dibeli dan masih belum diduduki (masa tersebut). Walaubagaimanapun, rumah tersebut dibeli secara sub sale dan rumah tersebut tidak berpenghuni buat seketika. Tidak berpenghuni secara fizikal. Makhluk lain, walAllahua'lam..
Kawe yang tengah seronok mengorek noltalgia lama terutama zaman kawe mengajar silat di sekolah lama beliau, tidak menganggap permintaan tersebut sebagai serius. Malah masih sempat menjawab sambil berseloroh, Kalu nak kuat, kita pakai pagar konkrit!..
Jawapan kawe tersebut disambut tawa beliau. Tetapi beliau serius dan perkara itu kawe tahu. Tetapi kawe bukan bomoh mahupun perawat Islam atau apa jua nama yang diberikan. Mungkin kawe ada belajar dan menyimpan ilmu-ilmu sedemikian daripada pengalaman perjalanan hidup kawe, tetapi ilmu sedemikian bukan dikira banyak sedikit ilmunya tetapi bergantung kepada amalannya. kalau tidak, apa bezanya Surah Fatihah yang dibaca oleh orang macam kawe dengan TG Haron Din. Bezanya terletak pada nilai amalan.
Ada pengamal perubatan Islam yang mana enggan didatangi dan ditakuti oleh mana-mana pengamal ilmu salah atau orang sakit walaupun Ustaz tu belum baca apa-apa lagi. Kerana amalannya, redha dan keikhlasan mendapat ganjaran daripada Allah SWT tanpa diminta. Kawe? Jauh sekali.
Namun, apa yang kawe tidak tahu mengenai sahabat lama kawe ni, beliau bukan serius tetapi amat-amat serius.
Semalam kawe dihubungi dari Pulau Pinang dan sekali lagi meminta kawe perkara yang sama. Kawe termenung seketika dan hanya mampu mengatakan; Aku ni zohor pun belum lagi, dah pukul 2 dah ni. Mana la aku reti semua tu. Kawe dalam nada menolak dan cuba sebaik mungkin untuk tidak mengecewakannya.
Kenapa tak cuba dengan mana-mana ustaz yang lain di sana? Kawe memberi cadangan.
Dah cuba tapi semacam tak selesa. Macam dok teringat ko mu jugak yang boleh.. kito buke kenal sehari. Dia cuba memujuk.
Kawe suruh beliau fakskan peta lakaran rumah beliau dan janji akan buat secara jarak jauh. Kalau diizinkanNya, menjadi sebagaimana yang dikehendaki. Kalau tidak, maka kelemahan dari pihak kawe yang sememangnya diakui.
Kawe cuba memagarkan rumahnya dengan jarak jauh petang semalam dengan mana-mana cara yang kawe sendiri rasa selesa dan perlu. Selebihnya pergantungan kepada yang Maha Esa. Selain dari itu, terdapat beberapa amalan lain dibekalkan dengan harapan beliau akan terus memagarkan sendiri rumah beliau secara harian. Paling tidak pagar yang ada tidak akan bocor (kalau pagar itu menjadi).
Pagi ini kawe telefon untuk memaklumkan mengenai pagar yang kawe dah buat dan teruskan dengan amalan tersebut dan anggap ia sebagai amalan rutin kerana kebanyakannya adalah amalan biasa yang dinyatakan melalui hadis-hadis.
Kawe tahu, semalam orang rumah kato dia tidur selesa. Rumah pun rasa tak 'sunyi' macam biasa. Beliau memaklumkan kepada kawe dengan nada yang amat ceria.
erm... kawe termenung panjang kerana tidak pernah dimaklumkan mengenai apa jua gangguan apatah lagi kesan yang menimpa keluarganya. Arhg sudah!
Adakah beberapa peristiwa malam semalam dan pagi ini ada kaitan dengan rumah beliau?...
2 komen:
Saya ada emailkan beberapa pertanya mengenai zikir dan Silat Gayong. Boleh terangkan kepada saya mengenainya?
Hang Tua~: Mengenai pertanyaan awak tu, kawe rasa kawe bukan orang yang tepat untuk menjawab mengenai amalan Gayong. Kawe sendiri tidak pegang mana amalan Gayong kecuali AlFatihah dan alIkhlas serta kekadang Selawat.
Lain-lain amalan tida saya ketahui mengenai rutin dan kelebihannya. Cuma zikir ini perlu diperbanyakkan bagi mengawal diri daripada syaitan dan mana-mana musuh yang nyata mahupun sebaliknya.
Zikirlah dengan ayat-ayat quran yang jelas nyata maksudnya dan selaras dengan hadis dan sunnah Rasul SAW tanpa mengharapkan apa jua kelebihan tertentu.
Segala amalan dan zikir serta jampi yang tidak diketahui asalnya serta maknanya eloklah diketepikan bagi menjaga akidah.
shams
Dah baca sila bagi sepatah kata..