Temujanji pada hari ini telah dibuat melalui surat yang dibuat dan difakskan pada rabu yang lepas selaras dengan peraturan yang sedia ada iaitu temujanji perlu dibuat 2 hari terlebih awal.
Semalam ada miscalled daripada pihak Penjara Sungai Buloh beberapa kali semasa kawe berada di dalam Mahkamah Kuala Lumpur dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, Jalan Duta. Petang kawe cuba telefon balik dan hanya berjaya selepas beberapa percubaan. Operator sibuk gamaknya!. Hanya bertanyakan status samada nama disenaraikan bagi lawatan pada hari ini. Kawe dimaklumkan bahawa tiada apa jua nota masalah dicatitkan.
Maka dengan penuh ceria pepagi jumaat ni, kawe bertolak dengan bini muda kawe (kereta kawe) dan sesampai di pintu pagar penjara, kawe disambut macam biasa oleh warden penjara yang menjaga pagar. Mungkin dah biasa sangat, sampai senyum dah melebar tengok kawe dari jauh.
Takde orang telefon cik Sham ke? Aku di sapa ayat pertama warden tersebut
Bakpo pulok?! Kawe menjawab macam biasa dengan loghat Kelantan. Warden sana suka kawe bertutur dalam loghat Kelantan. Mungkin ramai warden Kelantan kot.
Warden hensem tersebut membuka satu buku dan menunjukkan satu nota kecil dikepilkan di buku tersebut. "HISHAM NAZIR & CO- Jangan Bagi Masuk"
Rasa macam penjenayah seketika bila dihalang masuk. Nama kawe mahupun firma kawe tidak tersenarai pada lawatan pagi ini. Terus kawe cuba menelefon pejabat rekod dan berhubung dengan si Ramesh (pegawai rekod yang paling banyak senyum dalam Penjara Sungai Buloh).
Si Ramesh berkali memohon maaf kepada kawe kerana beliau telah cuba hubungi kawe semalam tetapi panggilan tidak dijawab. Semasa kawe return call, pegawai yang bertugas masa tersebut tidak mengetahui kawe tidak disenaraikan pagi ini. Alasannya kerana lawatan pada sebelah pagi ini telah penuh dan lawatan kawe terpaksa ditolak.
Warden di pagar mungkin ingat kawe marah kot kerana datang dari jauh. Tapi biasa lah adat dunia, sebaik mana rancangan kita, hebat lagi rancanganNya. Siapalah tahu?
3 komen:
Gilo, perabih minyak masa tengoh minyak mahal ni...
Bayar bil tepon mahal2, takleh tepon dulu?
Aku suko part yang ada sebut:
"HISHAM NAZIR & CO- Jangan bagi masuk!"
hahahhahaha... padan muko
kutuk lah kutuk kawe!
Dah baca sila bagi sepatah kata..