Antara kerja paling mencabar di Mahkamah adalah MENUNGGU giliran peguam untuk dipanggil kesnya. Kekadang boleh sampai petang. Namun, biasanya setengah hari masa akan terbuang rugi untuk kerja 5-10 minit sahaja. Tetapi itu antara kehidupan kami. Kami main dengan masa. Semasa menunggu, banyak peguam boleh dilihat bercakap masing dengan handphonenya. Pelbagai arahan dikeluarkan secara menelefon sahaja kepada despacth dan kerani-kerani mereka. Termasuklah kawe.
Tuan loyer, bole tanya ka? Seorang nyonya menegur kawe dari belakang.
Kenapa auntie, apa hal?
Itu saya punya kes dulu sudah cerai tapi itu wang suami tarak bagi. Apa macam ha? Kawe cuba pahamkan yang dia ada masalah nafkah bulanan bagi anak-anak gamaknya.
Itu auntie kena tanya lawyer aunti macamana dia mahu buat.
Tapi saya tdak loyer. Ini saya mari mahu tanya saja.
Ooo.. Kalu macam itu, auntie boleh mohon pada Mahkamah agar suami itu kena komital. Maksudnya pihak mahkamah boleh tangkap, denda, atau sumbat saja dia dalam penjara. Mana auntie suka dan mohon lah. Dengan syarat dia tak patuh perintah Mahkamah. Rasanya dah terang dah tu..
Mohon macam itu sahaja? Dia tanya lak lagi...
Auntie kena mohon kebenaran (leave) Mahkamah Tinggi ini dulu dan bila dah boleh kebenaran untuk buat perintah komital, baru failkan komital. tapi kena buat dalam masa 14 hari daripada tarikh kebenaran... ye auntie! Dia angguk tapi nampak macam keliru.
Apa paling penting kalu mahu pohon itu komital?
Paling Penting, Auntie kena cari lawyer. Kasi tahu sama lawyer, suruh itu lawyer buat.
2 komen:
Tak cakap pun kalu auntie nak buat, u caj berapa...
Charge kasi penuh.. 7 Bar!
Dah baca sila bagi sepatah kata..