Saturday, October 4, 2008

Alumni Madrasah Tarbiah Mardziah (MTM)

.
Madrasah Tarbiah Mardziah (MTM) atau nama barunya SMU(A) Tarbiah Mardziah, Panchor telah ditubuhkan oleh beberapa ilmuwan Islam yang pada masa itu ingin terus mengambangkan ilmu Islam selaras dengan usaha awal oleh Tok Ayah Kedah di sekitar Kenali dan Panchor.

MTM ditubuhkan oleh anak-anak Tok Ayah Kedah setelah pada awalnya Tok Ayah Kedah telah pun menubuhkan Pondok dan Surau Al Amani (sekarang diangkat taraf sebagai Masjid Al Amani atau lebih dikenali sebagai Masjid Pondok Panchor atau Masjid Tok Ayah Kedah). Antara tokoh ilmuwan yang berusaha keras menubuhkan MTM adalah Ustaz Abdullah Arshad (lebih dikenali sebagai Pok Nik Loh) dan Ustaz Salleh Arshad (atau lebih dikenali PokCik Leh iaitu abang kepada Ustaz Abdullah).

Pok Nik Lah bukan nama asing di arena ulama' Kelantan dan Malaysia kerana ilmunya. Malah ia juga seorang ahli politik di bawah payung PAS yang memegang rekod tanpa kalah sepanjang karier politiknya. Beliau juga turut memberikan laluan kepada TG Nik Abdul Aziz (juga bekas guru MTM) suatu ketika kemudiannya menukar tempat antara mereka dalam politik.

MTM telah melahirkan pelbagai ragam manusia dan ilmuwan Islam sepanjang penubuhannya selama 54 tahun yang lalu. Berperinsip dalam mengembangkan ilmuwan Islam, kebanyakan lepasan MTM memegang jawatan berkaitan bidang Islam dari sekecil jawatan Imam Masjid sehingga Pengarah di mana-mana jabatan berkaitan Islam.

Malah kini setelah masa berlalu, lebih ramai lepasan MTM mempunyai peluang yang lebih cerah malah sudah ada yang terlibat dalam bidang sains, IT dan bidang lain termasuk peguam macam kawe ni.

Pada 04.10.2008 baru ni ada pelancaran Persatuan Alumni MTM (ATMAR) berserta website mereka. Sempat juga bertandang jumpa kawan lama. Walaupun kehadiran tidak ramai dan tidak menjangkakan kehadiran kurang 200 orang. InsyaAllah ditahun hadapan akan memberikan lebih kehadiran dan sokongan.

Untuk makluman juga, Masjid Al Amani kini di dalam proses pembesaran lagi serta pembinaan beberapa blok sekolah yang baru. Sumbangan dimohon kepada semua pihak yang sudi memberikan sumbangan.

Terima kasih kepada pihak penganjur. Alamat MTM:

SMU(A) Tarbiah Mardziah, panchor Kemumin, 16100 Kota Bharu , Kelantan atau websitenya http://smuatmp.kelantan.edu.my/

Untuk rujukan Alumni MTM sila ke www.atmarmtm.wordpress.com

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►