Friday, October 10, 2008

Wudhuk dalam Kolah Besar Kolah Kecil

.
Sebenarnya isu ini pendek sahaja ingin diceritakan. Cuma dah lama nak dikongsikan tetapi masa nak taip je lupa topik ni.

Antara kemudahan yang diberikan kepada umat Islam dalam menyegerakan dalam berwudhuk untuk beribadat diharuskan berwudhuk di dalam air yang tidak mengalir tetapi perlu melebihi 2 kolah. Maka banyak masjid menyediakan kolah sebegini bagi memudahkan jemaah mengambil wudhuk.

Sepanjang pegetahuan kawe, hanya air mutlak yang dibenarkan digunakan untuk bersuci termasuk mengambil wudhuk. Tetapi jarang orang lupa isu air Mutlak akan hilang sahtarafnya apabila menjadi air Musta'mal (air yang diguna pakai) dalam isu menggunakan air untuk ibadah atau lain-lain tujuan khas seperti mandi wajib.

Sepanjang sembahyang jumaat kawe di Kuala Lumpur, hanya Masjid Ar Rahman (UM) yang kawe jumpa kolah dan banyak ragam yang kawe sendiri keliru samada mereka itu jahil sikit atau jahil banyak atau kawe salah belajar atau salah paham.

Setahu kawe la mengikut fahaman ilmu cetek kawe, kolah dibuat bagi membolehkan wudhuk diambil terus daripada kolah. Tetapi semenjak 2004 kawe berjemaah di masjid tersebut boleh dikatakan muka lain setiap minggu yang mengambil wuduk dengan menceduk air dalam kolah ke dalam gayung dan ceduk terus tangan ke dalam gayungnya serta menggunakan air tersebut beberapa kali.

Kalau ikut pelajaran tak habis kawe, air musta'mal macamana nak sah wudhuk. Tak sah wudhuk, tak sah sembahyang. Argh! sudah!

Bukan budak-budak remaja sahaja, malah student UM dan orang yang dah tua bangka pun masih begitu. Salah fahaman kawe ke. Ditanyanya kawe ustaz, maka dikatakan betullah air musta'mal tak boleh dibuat ambil wudhuk.

Sedangkan tayammum pun akan batal kalau dengar air menitis. Itu dengar sahjaa bukan nampak lagi.. apatah lagi wudhuk sedemikian...

Kawe dah banyak kali jeling dah.. buat tak paham je depa ni. Taknak cuba ambil wudhuk sana?

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►