Tuesday, May 13, 2008

Kemarahan Uchi Gaban Dalam Nada Senyap

12 Mei 2008, Uchi Gaban baru saja sampai dari kampungnya di Pekan Okinawa, Kelantan tempat beliau dibesarkan dan dikaratekan oleh bapa-bapa karate tradisionalnya.

Pagi itu Uchi Gaban sampai dengan bas Transnasional yang berpangkalan di Terminal Putra Kuala Lumpur. Lalu mudik la Uchi Gaban ke ke rumahnya dengan menaiki Komuter KTM yang siput dari sudut saiz dan kelajuan itu ke KL Sentral, tempat selalu bersubuhnya Uchi Gaban.

Maka diteruskan lagi mudiknya dengan Bas Putih Merah daripada Pekan Brickfield ke Puchong Prima bagi mengambil motor kesayangannya, cik DAB 1951. Baru lah sampai kerumahnya di Puchong Utama. Susah betul perjalanan itu.

Walaupun beban dan penat lelah masih terasa, kudrat mesti digagahkan juga untuk melaksanakan kerja-kerja rasmi Uchi Gaban selaku peguamcara dan peguambela tersohor seantero Bandar Pusat Puchong. Maka dengan rajinnya, semua kelengkapan pakaian mahupun kenderaan tunggangan disiapkan kerana pejabat p erlu di buka. Bukan yang utama, tetapi beberapa fail perlu diambil dari sana kerana Mahkamah Jalan Duta sedang menunggu Uchi Gaban ke sana bagi men-titik-kan DPP (timbalan pendakwaraya) kerana tak buat keje. Paling tidak, dia akan kata; " Ini kerja IO (pegawai penyiasat)"

Memang dasar orang kerajaan, semua kena. Dia kata engkau.. engkau pulak cari mangsa baru.. " bila nak habis cerita. Tetapi pendek cerita, IO mahupun PO (pegawai pendakwa) tidak kena titik kerana aku tengok pun kesian kat PO tu macam angin je hari tu. Tapi yang pasti, dia bukan angin dengan Uchi Gaban. Mamat tu bukan jenis sepesis berangin!.

Selesai tugas-tugas itu, Uchi Gaban menuju ke pejabatnya di Bandar Pusat Puchong. dalam ke-rempitan itu, bunyi pulak telefon O2 PDA Mini tercanggih tetapi murah.

"Hallo!"

"Hallo, Ya!" Jawab Uchi gaban dalam ayat yang biasa kena ajuk dek bini Uchi Gaban.

"Kat mana? jumpa kejap!" Klien Uchi Gaban memancing kehadiran meeting.

"Oloh! Kawe di Okinawan, Kelantan ni..... esok! esok! " spontan Uchi Gaban berbohong sunat!... kerana pada masa itu, bantal sedang menunggu di bawah meja pejabatnya.

Perjalanan diteruskan lagi. Alamak! ada road block pulak. Lalu di londehkan sedikit baju luarnya agar nampak macam orang yang skema atau someone.

Alhamdullilah taktik menjadi... dilepaskan tanpa dihenti pun..

Sesampai je di pintu depan ofis, jiran tingkat bawah belum sampai lagi walaupun jam dah menunjukkan hampir benar dengan waktu makan tengahari. Makan gaji buta ke budak jaga kedai ni..

Dalam ingatan yang berpanjangan kepada bantal, sekali lagi Uchi Gaban yang tembam ini dikejutkan apabila kunci pejabat yang disimpan di bawah simpanan barang motornya hilang entah kemana. Puas dibelek-beleknya.. memang sah tiada di sini. Tetapi di mana?


Uchi Gaban terus menelefon rakan kongsinya dan juga rakan baiknya, Kesatria Baja Hitam (lepas ni kita sebut sebagai "Baja" sahaja).

"Allo Be!... Kat mana?"

"Kawe di Kuala Lumpur"

"Kawe kunci takde ni, hilang tadi ntah jatuh kemana. Boleh mari sekejap sini buka opis?"

"Kawe baru sampai je Kuala Lumpur ni.. Kejap lagi la."

"Demo dok mana? Kawe gi ambik la"

"Dokk,.. Gombak!"

"Gombak pulak"

"Pastu Guano? Nak Mari ke?"

"Kejap lagi la ke petang sikit"

"Tak per la.. Tunggu sini"

Memandangkan tidur pun dah tak dapat, masuk pejabat pun tak boleh, kunci rumah pula di dalam pejabat. Uchi Gaban masih mempunyai motor hebatnya Cik DAB 1951 walaupun berwarna hijau dan bukan merah selaku warna asal dalam wayang. Maka dengan kelajuan tahap minima, Uchi Gaban menyelusuri kembali jalan-jalan kecil dan besar yang di lalui pagi itu ke Mahkamah Jalan Duta. Tiada berjumpanya dengan kunci pejabat yang dicari. Adakah mamat-mamat bangla pengutip sampah di tepi highway dah ambil dan buang kunci tersebut?

Tidak mengapa. Baru sehala jalan diteroka. Mungkin jatuhnya semasa pulang tadi. Maka dengan tahap minima kelajuan Cik DAB 1951 sekali lagi menelanjangi jalan-jalan pulang ke pejabat. Operasi gagal nampaknya. Objektif mencari sabjek yang berbentuk gugusan kunci pejabat tidak dapat dipenuhi.

Dalam keadaan mengantuk yang amat, Uchi Gaban mendaki pejabat di tingkat ketiga dan meletakkan kesemua peralatan perangnya dari Mahkamah Jalan Duta.

Fikirannya terganggu. Bukan penat nak turun tangga itu tetapi jam baru pukul 1.30 tengahari. Mungki si Baja akan sampai dalam pukul 2.00 - 3.00 petang.

Takper, kita gi window shopping di TESCO Puchong dulu. TESCO merupakan jiran bisnes Uchi Gaban yang paling besar di sini. Dari pada pukul 1.30 tengahari. Dah masuk pkl 2.00 petang. Tup-tup dah pukul 3.00 petang.

Rimas mula menerjah apabila aktiviti lepak di dalam TESCO dah tamat. Kerusi cafe ini pun dah mula panas semenjak 2.00 petang. Beberapa panggilan dibuat. Tiada berjawab. SMS berpuluhan diberikan tidak berjawab.

Takper. Uchi Gaban fikir baik pergi sembahyang zohor dulu. Bimbang kalu Baja datang lambat, kang terlepas pula zohornya. Mahu mati kena panah kilat... sendiri mahu ingat.

Masjid As Salam bukan asing kepada Uchi Gaban kerana di sini setiap Ahad dan Rabu, Uchi Gaban dan rakan-rakannya bersukan melalui silat. Selesai sembahyang zohor, Quran dibaca dan tamat beberapa surah lazim. Lama tu nak bagi tamat satu surah. Lama juga berada di sini.

Asar pun dah masuk dan selesai sembahyang. Sempatlah Uchi Gaban bertegur sapa dengan Nazir (bukan abah Kawe) Masjid serta beberapa Imam masjid kerana masanya amat panjang hari itu. Tiada tujuan lagi mahu ke mana. Pukul 5.30 petang sehingga 6.30 petang diluangkan masa dengan bilal, penziarah dan musafir di masjid. Dalam perbualan, Uchi Gaban banyak mendengar dan menggangguk kerana fikirannya hanya satu, BANTAL tetapi bila jadi begini, nafsu tidurnya lenyap sama sekali.

Sudah jam 6,30 petang. Uchi Gaban sudah mula bosan. Jemaah Maghrib pun belum datang. Maka Uchi Gaban menghala ke TESCO sekali lagi. Beberapa panggilan dibuat kepada Baja tetapi tidak dijawab. Begitu juga dengan beberapa SMS yang langsung tidak di balas.

Sekali lagi aras 1 TESCO itu ditawaf lintang terbalik oleh Uchi Gaban yang mula pandir akibat seharian di luar kediaman. Tawaf sempurna sepenuhnya tanpa pembelian pada jam 7.30 malam.Tetiba Uchi Gaban terfikir, adakah masa pagi tadi ayat tak jelas. Maka dihantar SMS sekali lagi dan turut dihantar kepada isteri si Baja. Kedua-dua nya dimaklumkan sebagai "sent" dan "received". Nak jadi cerita, semasa keluar dari kaunter TESCO, bertembung pulak dengan isteri Baja;

"Abg mana"

"Aiii.. tak tahu, baru balik je ni. Singgah nak beli barang sikit. Tak tahu dia ada di rumah ke tidak"

"Kalu balik, pesan kat dia suruh mari sini kejap. Apa-apa telefon saya, saya takde kunci ni. Mintak tolong sangat"

"erm"

Dari jam 8.00 malam sehingga 9.00 malam, Uchi Gaban habiskan masa di Masjid As Salam, bengkel motor mamat di Batu 11 dan terus ke pejabat jam 9.00 malam kerana ada latihan silat sepatutnya malam itu. Mereka semua balik kecewa kerana dimaklumkan kunci pejabat terhilang dan terpaksa ditunda latihannya.

Malah lebih tragik, Uchi Gaban masih ingin menjaga hati kawannya Baja dengan memberikan alasan Baja outstation maka kunci tambahan tiada buat masa ini. Telefon Uchi Gaban secara diam-diam mati pada jam 10.45 malam. Bateri dah habis rupanya. Tetapi tiada panggilan mahupun SMS daripada Baja. Misscalled pun tiada.

Tetapi demi ingin menjaga hati kawan, Uchi Gaban bermalam di Masjid As Salam lengkap dengan sut perang hitam putihnya semenjak awal pagi tadi.

Keesokan harinya selepas awek manis tingkat 1 dan 2 membuka pintu pada jam 10.30 pagi, Uchi Gaban membawa kawannya yang juga kali pertama ditemuinya iaitu Yap Ah Teng, seorang pembuat kunci-kunci dan berniaga dengan van putihnya secara bergerak. Biasanya dia lepak dengan van putihnya di tepi Bandar Pusat Puchong di mana Man Kelapa Muda berniaga.

"Allo Hisham ah, Ini Solex mahu hentam jugak!. Kalu hentam pakai besi, mungkin itu grill akan rosak sikit. Tapi mahu senang, kita pakai cutter saja maa."

"Ok! Ok lah!.. potong pun potong lah asal boleh masuk!"

Selesai potong solex. Kerugian harta benda Uchi Gaban di anggarkan RM8.00 sesolex. Tak per la..

"Ini pintu mahu pecah jugak ke..?"

"Ini takper, kita buka saja.. lepas tu buat kunci baru. Lu jimat sikit maa"

Bagus betul mamat cina ni. Boleh buat geng untuk pecah rumah selaras dengan Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Perkara pertama yang mula dicapai oleh Uchi Gaban adalah O2 charger. Sangkaan baiknya meleset, tiada apa jua misscalled apatah lagi SMS daripada Baja. Sehingga 17.05.2008, tiada juga respon daripada Baja.




2 komen:

Anonymous said...

Tahniah kerana anda mempunyai tahap kesabaran yang amat tinggi.

SH said...

Aik, belum siap dah ada komen.. bagus ni. Ada peningkatan kepada lawatan ni. Cikgu! saya balik kelate setiap minggu ke kelate. minggu ni je ada keje sini. Saya dok Panchor (rumah mertua) jer...

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►