Monday, July 3, 2023

[1463.23] KELDAI AKAUN – IBU RINDU ANAK


Pembaca boleh merujuk tentang seksyen 424 Kanun Keseksaan dan Keldai Akaun sebelum ini. Kali ini kami sekadar ingin berkongsi tentang satu kes jenayah melibatkan s.424 atau keldai akaun. Cerita lama yang tetiba melintas di fikiran ekoran kes semalam.
Lebih kurang 4 tahun lepas, Seorang suami menelefon kami daripada kawasan terpencil daripada sempadan Perak dan Kedah. Katanya kes berkenaan s.424 melibatkan isterinya yang kini di reman dan dihukum bagi beberapa kes melibatkan pertuduhan yang sama di beberapa negeri. Hampir 12 pertuduhan.
Beberapa pertuduhan telah dibuat pengakuan salah dan dihukum penjara kerana tidak mampu untuk membayar denda. Kumulatifnya dalam 2-3 tahun pemenjaraan dikenakan.
Suaminya hadir bersama anak dalam umur 5-6 tahun. Katanya masih ada anak di rumah dijaga oleh ibu isterinya. Leih besar dan juga anak kecil berumur 2 tahun. Suaminya menangis dalam bercerita tentangnya. Katanya sebagai suami, beliau bukan orang berpendidikan tinggi dan tidak bekerja yang mencukupi untuk menafkahi isteri dan ana-anak. Tapi sebagai bapa dan suami, beliau cuba melakukan apa yang
terbaik
.
Isterinya tidak bekerja kerana menjaga anak. Sekali sekala meniaga untuk membantu keluarganya. Daripada seorang rakan yang telah mendapat peluang menjadi keldai akaun memperkenalkan isteri beliau kepada peluang ini. Dengan bayaran sedikit isterinya setuju untuk meminjamkan kad bank. Tak silap, sebelum ditangkap, beliau hanya mendapat kurang RM300.00
Dalam tangisan beliau bercerita bahawa isterinya cuba membantu kewangan keluarga dan beliau tidak salahkan isterinya. Beliau berbangga dengan itu, tapi sebagai suami beliau cuba mencari jalan untuk membantu isterinya hatta hanya untuk mengurangi hukuman pemenjaraan.
Anak-anak yang sering dalam jagaan isteri agak terganggu apabila ibunya tiada bersama. Kerinduan dan keperluan anak-anak kepada ibu membuatkan si suami lebih tertekan. Kerana kes ini melibatkan di beberapa negeri, suami tidak dapat bekerja dalam masa tertentu untuk mengikuti kes isterinya dan juga menjaga anak-anaknya.
Kebanyakan masa, beliau tidur di stesen bas kerana ke mahkamah beberapa negeri. Kami bukan mahir mengarap ayat yang baik dalam mengungkap sayang seorang suami kepada isterinya. Tapi tidak semua lelaki bernama suami dan bapa mampu menunjukkan wajah kasih sayang dengan baik. Tapi lelaki yang baik akan melaksanakan tanggungjawabnya dengan
terbaik
.
Jangan meletakkan indikasi sayang dan tanggungjawab kepada sesuatu nilai yang hanya mampu kepada orang tertentu. Jangan pula membuat perbandingan dengan influencer dan individu tertentu. Kita mungkin berbeza.
Selamat Hari Bapa!


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►