Sepertimana yang diketahui, seseorang sepatutnya berada di dalam penahanan polis selama 24 jam. Tetapi pegawai polis boleh memohon perlanjutan penahanan daripada Majistret kerana penyiasatan belum lengkap. Prosedur-prosedur telah ditetapkan di dalam SEKSYEN 117 KANUN TATACARA JENAYAH. Di dalam seksyen tersebut juga menyatakan beberapa hari yang boleh diberikan oleh Majistret untuk perlanjutan tersebut berdasarkan hukuman bagi sesuatu kesalah itu.
117. Prosedur jika penyiasatan tidak boleh diselesaikan dalam tempoh dua puluh empat jam.
(2) Majistret yang di hadapannya adalah seorang tertuduh yang dibawa di bawah seksyen ini boleh, sama ada dia mempunyai bidang kuasa ataupun tidak untuk membicarakan kes itu, membenarkan penahanan tertuduh itu dalam tahanan seperti berikut:
(a) jika kesalahan yang sedang disiasat adalah hukuman penjara kurang dari empat belas tahun, penahanan hendaklah tidak lebih dari empat hari pada permohonan pertama dan hendaklah tidak lebih dari tiga hari pada permohonan kedua; atau
(b) jika kesalahan yang sedang disiasat adalah dihukum dengan hukuman mati atau penjara untuk empat belas tahun atau lebih, penahanan itu hendaklah tidak lebih dari tujuh hari pada permohonan pertama dan hendaklah tidak lebih dari tujuh hari pada permohonan kedua.
OLEH: Maisarah Norkefli
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..