Menurut Seksyen 79 Akta Kontrak 1950, kontrak jaminan (contract of guarantee) adalah kontrak yang melibatkan tiga (3) pihak iaitu penjamin, penghutang dan pemiutang. Secara asasnya, kontrak jaminan ini dibuat oleh penjamin (surety) sama ada untuk melaksanakan tugas yang telah dipersetujui oleh penghutang (debtor) kepada pemiutang (creditor) di dalam Kontrak Utama (principal contract) ataupun untuk melepaskan penghutang tersebut daripada sebarang liabiliti sekiranya mungkir dalam melaksanakan tugas-tugasnya di dalam kontrak utama tersebut.
Mahkamah di Malaysia telah menetapkan bahawa kontrak jaminan di bawah Seksyen 79 tersebut adalah dikira ataupun berfungsi sebagai Kontrak Kolateral memandangkan kontrak jaminan tersebut wujud secara bersama-sama dengan kontrak utama yang mana dalam apa-apa keadaan penghutang gagal untuk menjalankan tugasnya seperti yang dipersetujui di dalam kontrak utama, kontrak jaminan ini akan bertindak sebagai satu kontrak kolateral untuk memenuhi tugas-tugas tersebut ataupun untuk menanggung liabiliti bagi pihak penghutang.
OLEH : NUR FARIHAH SYAHRIZA , PELATIH DALAM KAMAR
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..