Wednesday, March 22, 2023

[1370.23] ELEMEN-ELEMEN PEMBUKTIAN SEKSYEN 39B AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 SEKSYEN 39B AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 diperuntukkan seperti berikut:-


39B. Pengedaran dadah berbahaya.
(1) Tiada seseorang pun boleh, bagi pihak dirinya atau bagi pihak orang lain, sama ada atau tidak orang lain itu berada di Malaysia:
(a) mengedarkan dadah berbahaya; atau
(b) menawar untuk mengedarkan dadah berbahaya; atau
(c) melakukan atau menawar atau melakukan sesuatu perbuatan sebagai persediaan untuk atau bagi tujuan pengedaran dadah berbahaya.
(2) Sesiapa yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan jika disabitkan hendaklah dijatuhkan hukuman mati.
Pihak pendakwaan perlu membuktikan “melampaui keraguan munasabah” elemen-elemen berikut, bagi membuktikan kes di bawah Seksyen 39B ADB 1952:-
I. Dadah tersebut merupakan dadah yang berbahaya;
II. Dadah tersebut berada di bawah milikan dan/atau jagaan tertuduh dan tertuduh mempunyai pengetahuan berkenaan dadah tersebut;
III. Pengedaran dadah telah dilakukan oleh tertuduh.
OLEH: Maisarah Norkefli



 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►