Tuesday, January 3, 2023

[1358.22] PEMBERHENTIAN PROSIDING


PERKARA 145(3) PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN yang memperuntukkan bahawa Pendakwa Raya mempunyai kuasa budi bicara yang luas untuk memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan. Ini juga boleh dilihat di dalam SEKSYEN 254 (1) DAN 254(2) KANUN TATACARA JENAYAH memperuntukkan peruntukan yang sama untuk menghentikan prosiding pada mana-mana peringkat penghakiman perbicaraan.
Kuasa untuk menghentikan prosiding hanya terpakai kepada Pendakwa Raya sahaja. Dalam PP V HLS PERERA [1977] 1 MLJ 12 Harun J menyatakan:-
“According to Article 145 of the Federal Constitution only the Attorney General has the power to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence. Until he makes up his mind the court have to wait. Magistrate therefore have no business to usurp the functions of the Attorney General.”
Merujuk kepada kes PP V ZAINUDDIN & ANOR [1986] 2 MLJ 100 Mahkamah Agung (Salleh Abbas LP) berkata sedemikian:-
“Since the Attorney General has this power exercisable at his discretion, it is not for the court to say when the prosecution has close its case or has come to an end.”
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►