Thursday, December 29, 2022

[1357.22] LAPORAN MAKLUMAT PERTAMA/FIRST INFORMATION REPORT (FIR)


Laporan maklumat pertama (FIR) merujuk kepada maklumat awal yang berkaitan dengan kesalahan yang diberikan kepada pegawai polis. Kebiasaannya, ianya dibuat sangat awal selepas kejadian dan menjadi asas kes, di mana polis akan memulakan siasatan mereka. Ia juga dikenali sebagai aduan kepada polis, atau laporan polis. Siasatan polis bermula dengan FIR tetapi FIR bukanlah syarat duluan kepada permulaan siasatan polis. Ini merujuk kepada SEKSYEN 107 KANUN TATACARA JENAYAH.
Individu yang boleh membuat FIR tidak terhad kepada mangsa sahaja. Antara individu yang boleh membuat FIR adalah saksi mata, mangsa atau orang yang tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut, orang yang lalu atau ‘hearsay’, pegawai polis yang mempunyai pengetahuan atau mengesyaki berlakunya sesuatu jenayah, orang yang menyedari berlakunya suatu kesalahan tanpa pengetahuan peribadi, Saudara atau rakan atau orang yang terkilan dan tertuduh sendiri.
Pendaftaran FIR tidak boleh ditolak Ini dapat dilihat di dalam SEKSYEN 107(4) KANUN TATACARA JENAYAH yang memperuntukkan seperti berikut:-
“107. Maklumat mengenai kesalahan.
(4) Pegawai polis hendaklah wajib untuk menerima apa-apa maklumat berkenaan dengan mana-mana kesalahan yang dilakukan di mana-mana di dalam Malaysia.”
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►