Thursday, December 29, 2022

[1356.22] PENDAPAT SAKSI PAKAR


Pendapat pakar adalah diperlukan di dalam sesuatu prosiding. Hal ini kerana, sesetengah bidang pengetahuan tertentu yang mungkin berkaitan dengan sesuatu kes namun berada di luar kemahiran orang awam. Oleh itu, mahkamah memerlukan bantuan individu yang mahir dalam bidang tertentu. Individu biasa tidak boleh memberi keterangan tentang punca kematian seperti peluru datang dari pistol tertentu, atau seseorang individu mengalami skizofrenia, atau sama ada air mani diambil daripada mangsa rogol menunjukkan jenis darah tertentu, atau bahan digunakan untuk membina bangunan, atau kesan cap jari yang diambil dari tempat kejadian sepadan dengan tertuduh.
Merujuk kepada SEKSYEN 45 AKTA KETERANGAN yang memperuntukkan seperti berikut:-
“45. Pendapat pakar.
(1) Apabila mahkamah perlu membuat sesuatu pendapat atas sesuatu perkara mengenai undang-undang negara asing atau mengenai sains atau seni, atau tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari, maka pendapat atas perkara itu daripada orang yang mempunyai kemahiran khusus dalam undang-undang negara asing, sains atau seni itu atau dalam soal tentang identiti atau ketulenan tulisan tangan atau cap jari, ialah fakta berkaitan.
(2) Orang sedemikian itu dipanggil pakar.”
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►