Monday, December 19, 2022

[1348.22] ELEMEN-ELEMEN YANG PERLU DIBUKTIKAN OLEH PLAINTIF DI DALAM KES SAMAN FITNAH (DEFAMATION)


Di dalam suatu saman fitnah, terdapat tiga elemen yang perlu dibuktikan oleh pihak yang menuntut (Plaintif) / pihak yang memfailkan tindakan di Mahkamah iaitu pertama sekali, (1) terdapat pernyataan yang berunsur fitnah, kedua (2) pernyataan tersebut mestilah ditujukan kepada Plaintif dan ketiga, (3) pernyataan tersebut telah disebarkan kepada pihak ketiga.
Jika tuntutan yang difailkan oleh Plaintif adalah bersifat untuk menuntut ganti rugi, maka, perlu dibuktikan bahawa pernyataan yang diterbitkan dan / atau dibuat oleh Defendan tersebut menyebabkan seseorang mengalami kerugian pekuniari. Seksyen 9 Akta Fitnah 1957 turut memperuntukkan bahawa dalam tindakan untuk libel atau fitnah berkenaan dengan perkataan yang sebahagiannya terdiri daripada dakwaan fakta dan sebahagian lagi luahan pendapat (‘expression of opinion’), pembelaan komen yang adil (‘fair comment’) tidak akan gagal dengan alasan hanya bahawa kebenaran setiap dakwaan fakta tidak dibuktikan jika luahan pendapat adalah ulasan yang adil dengan mengambil kira fakta yang didakwa atau dirujuk dalam perkataan yang diadukan sebagaimana yang dibuktikan.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►