Monday, December 19, 2022

[1345.22] ANGGAPAN (PRESUMPTION OF ADVERSE INFERENCE) DI BAWAH SEKSYEN 114(G) AKTA KETERANGAN 1950

 


Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 memperuntukkan bahawa;
Mahkamah boleh menganggap kewujudan fakta tertentu
114. Mahkamah boleh menganggap kewujudan apa-apa fakta yang difikirkannya mungkin telah berlaku, setelah mengambil perhatian akan perjalanan biasa kejadian semula jadi, kelakuan manusia, dan urusan awam dan persendirian, dalam hubungannya dengan fakta kes yang tertentu itu.
Seterusnya, jika kita merujuk kepada Perenggan (g) Seksyen 114 di atas;
(g) bahawa keterangan yang boleh dikemukakan tetapi tidak dikemukakan, jika dikemukakan, tidak akan memberi faedah kepada orang yang enggan mengemukakannya.
Dalam erti kata lain, peruntukan ini menyimpulkan bahawa jika wujudnya satu keterangan yang boleh dikemukakan, tetapi pihak tersebut memilih untuk tidak mengemukakan keterangan tersebut, maka anggapan di bawah Seksyen 114(g) Akta Keterengan 1950 adalah terpakai. Anggapan ini akan membenarkan Mahkamah untuk menganggap bahawa sesuatu fakta itu mungkin telah berlaku setelah menilai setiap rangkaian di dalam kes tersebut.
Saya petik satu contoh mudah untuk tujuan pemahaman semua, dalam mana-mana kes yang melibatkan jenayah seksual, saksi pakar seperti Doktor amatlah penting untuk dipanggil untuk memberikan keterangan. Namun, jika pihak pendakwaan memilih untuk tidak memanggil saksi pakar seperti Doktor yang telah bertanggungjawab membuat pemeriksaan lanjut ke atas pengadu sejurus selepas waktu kejadian, maka anggapan di bawah proviso di atas boleh terpakai yang mana Mahkamah boleh menganggap bahawa pendakwaan telah sengaja untuk tidak memanggil doktor tersebut sebagai saksi pakar atas sebab-sebab yang boleh dan mungkin membawa kemudaratan kepada kes pihak pendakwaan. Kemudaratan di sini bermaksud, jika doktor itu dipanggil sebagai saksi bagi kes tersebut, beliau mungkin akan memberikan suatu keterangan yang tidak menyokong kes pihak pendakwaan seperti hasil pemeriksaan lanjut yang telah dibuat oleh doktor tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda yang selari dengan pertuduhan yang dihadapkan ke Mahkamah. Sebagai contoh, kesan koyakan di hymen pengadu menunjukkan koyakan yang telah lama dan dengan itu tidak selari dengan waktu kejadian seperti yang dipertuduhkan ; yang mana ini akan menjadikan chain of evidence di dalam kes tersebut tidak kukuh.
Dalam kes Khoon Chye Hin v PP [1961] MLJ 105, mahkamah menyebut bahawa:
“Failure to do so, he submitted, would warrant an adverse inference to be drawn against the prosecution pursuant to s 114(g) of the Evidence Act 1950. It is well settled that in a criminal case prosecuting counsel, provided there is no wrong motive, has a discretion as to whether or not to call any particular witness and in particular has a discretion not to call in support of his case a witness whom he does not believe to be a witness of truth. But there is an obligation on the prosecution to call as witnesses persons whose evidence is essential to unfold the narrative upon which its case is based on.”
Dalam satu kes lain juga iaitu kes PUBLIC PROSECUTOR v CHIA LEONG FOO [2000] 6 MLJ 705, Mahkamah memutuskan bahawa
“The inability of the prosecution to bring on record the evidence of Yee Chin Koon at the close of the defence case, if deemed necessary, may therefore attract s 114(g) against it even at that stage. In this regard Law of Evidence (16th Ed) Vol I by Woodroffe & Amir Ali says at p 395: Presumptions of fact are not necessarily taken up.”
Akhir kata, setiap saksi mungkin atau mungkin tidak memberikan keterangan seperti yang satu-satu pihak mahukan. Namun, adalah tugas utama bagi pihak-pihak untuk mengemukakan pada Mahkamah segala keterangan yang berkaitan bagi tujuan keadilan. A counsel may not conceal any fact or evidence from the eyes of court for personal unjustifiable gain.
Author: Nur Farihah Binti Syahriza, Pelatih Dalam Kamar.


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►