Di Malaysia, menurut Undang-Undang Syariah sedia ada, adalah menjadi suatu kesalahan apabila si suami menceraikan isterinya yang sah di luar dan tanpa kebenaran Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa. Hal ini dijadikan sebagai suatu kesalahan adalah demi menjaga kemaslahatan para isteri untuk memastikan hak-hak wanita / isteri khususnya tidak diprejudiskan / terjejas serta mengelakkan talaq dilafazkan sesuka hati tanpa peduli akan akibat perbuatan tersebut. Maka, memerlukan kepada perceraian dilakukan di hadapan Hakim di dalam Mahkamah.
Seksyen 125 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan hukuman bagi kesalahan perceraian di luar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah yang menyatakan bahawa jika seseorang lelaki menceraikan isterinya dengan melafazkan talaq dengan apa-apa bentuk diluar Mahkamah dan tanpa kebenaran Mahkamah, maka adalah dikira sebagai suatu kesalahan dan boleh dihukum denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali. Hukuman adalah berbeza bergantung kepada tempat mastautin pihak-pihak dan Mahkamah Syariah yang berbidangkuasa mendengar kes.
Izatul Nabila
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..