Thursday, December 1, 2022

[1325.22] KESALAHAN BERPOLIGAMI TANPA TERLEBIH DAHULU MENDAPAT KEBENARAN BERTULIS DARIPADA MAHKAMAH SYARIAH


Umum mengetahui bahawa poligami adalah dibenarkan dan bukanlah suatu perkara yang dilarang di dalam Islam dengan merujuk kepada firman Allah di dalam Al-Quran Surah An-Nisa ayat 3. Namun, kebenaran berpoligami adalah diperlukan daripada Mahkamah Syariah adalah demi memastikan hak sedia ada isteri tidak diprejudiskan terutamanya melibatkan tanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak dan sebagainya.
Permohonan bagi kebenaran berpoligami perlulah difailkan di Mahkamah Syariah yang mempunyai bidangkuasa. Lazimnya, permohonan poligami memerlukan si suami untuk memaklumkan kepada isteri pertama dan Mahkamah Syariah seterusnya akan mempertimbangkan permohonan tersebut. Tindakan melangsungkan perkahwinan poligami tanpa kebenaran isteri pertama di luar Malaysia adalah menjadi suatu kesalahan.
Seksyen 23 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 [hukuman adalah tertakluk kepada negeri] telah menggariskan kesalahan berpoligami tanpa mendapat kebenaran bertulis daripada Mahkamah Syariah boleh menyebabkan individu tersebut dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1000 atau penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►