Wednesday, October 26, 2022

[1305.22] ISU LIABILITI MELIBATKAN KES KEMALANGAN JALAN RAYA YANG BERSANDARKAN KEPADA KECUAIAN SEBAGAI KAUSA TINDAKAN


Melihat kepada tindakan yang dimulakan oleh Plaintif bagi menuntut suatu pampasan diberikan atau diputuskan oleh Mahkamah melibatkan kes kemalangan jalan raya akibat kecuaian, Mahkamah Persekutuan di dalam kes Wong Thin Yit v. Mohamed Ali [1971] 1 MLRA 483; [1971] 2 MLJ 175 memutuskan bahawa beban pembuktian kecuaian adalah ke atas Plaintif.
Hashim Yeop A Sani H di dalam kes Ng Chui Sia v. Maimon Ali [1982] 1 MLRH 784; [1983] 1 MLJ 110 turut menyatakan bahawa Plaintif mesti menunjukkan secara afirmatif bahawa telah berlaku pelanggaran ‘specific or genuine duty’ oleh Defendan dan ini mengakibatkan kerosakan kepada Plaintif. Jika Plaintif gagal membuktikan tindakan yang dibawa tersebut adalah asas kepada kecuaian, maka, tindakan yang difailkan akan gagal.
Selain itu, beban pembuktian yang diletakkan ke atas Plaintif bagi membuktikan kes yang dibawanya tersebut adalah berturutan dengan peruntukan ss 101 dan 102 Akta Keterangan 1950 yang turut dinyatakan di dalam kes MGI Securities Sdn Bhd v. Teong Teck Leng & Ors [1999] 4 MLRH 433; [2000] 5 CLJ 163; [2000] 1 MLJ 354).

 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►