Dalam menggunakan pengakuterimaan paterniti untuk mengesahkan anak tidak sah taraf, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk memberikan status kesahan sebagai bapa kandung kanak-kanak berdasarkan seksyen 114 Akta Undang-Undang Keluarga Islam yang menyatakan seperti berikut:-
Jika seseorang lelaki mengaku orang lain, sama ada dengan nyata atau dengan tersirat, sebagai anaknya yang sah, lelaki itu hendaklah disifatkan sebagai bapa anak itu jika syarat-syarat yang berikut dipenuhi, iaitu—
A. tiada seseorang lain disifatkan sebagai bapa anak itu;
B. perbezaan antara umur lelaki itu dengan umur anak itu memunasabahkan pertalian antara mereka sebagai bapa dan anak;
C. jika anak itu telah akil baligh, di mana dia boleh membuat keputusan, anak itu telah mempersetujui tentang dia diakui sebagai anak;
D. lelaki dan ibu anak itu mungkin boleh disatukan dengan sah dalam perkahwinan pada masa pembenihan;
E. pengakuterimaan itu bukannya semata-mata mengakui anak itu sebagai anaknya, tetapi mengakui anak itu sebagai anak sah tarafnya;
F. lelaki itu adalah berkeupayaan membuat kontrak;
G. pengakuterimaan itu dibuat dengan tujuan semata-mata untuk memberi taraf kesahtarafan;
H. pengakuterimaan itu adalah jelas maksudnya dan anak itu adalah diakui sebagai anak kandungnya.
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..