Wednesday, September 28, 2022

[1289.22] ISU ETIKA YANG SALAH DALAM PERUNDINGAN


Perundingan adalah salah satu cara yang digunapakai oleh pihak-pihak bagi mencapai penyelesaian. Walau bagaimanapun, terdapat isu etika yang perlu dielakkan dalam rundingan. Isu-isunya adalah seperti berikut:-
1. Salah nyata “misrepresentation”;
2. Di mana keputusan rundingan adalah hasil daripada kepuasan pelanggan dan prestasi untuk satu pihak sahaja;
3. Apabila perunding mempunyai sedikit pengetahuan tentang hasil yang mempengaruhi aspek sosial bukan sahaja pihak yang hadir dalam rundingan tetapi juga ahli keluarga, pekerja, pelanggan dan penuntut lain;
4. Apabila perunding menggunakan kemahiran bahasa mereka dengan cara yang tidak betul dan untuk mencapai matlamat mereka di mana di dalam perundingan, bahasa adalah titik penting dalam menyelesaikan satu pertikaian yang timbul;
5. Berbohong di meja rundingan;
6. Menipu, memeras ugut dan merasuah. Perunding menggunakan sebarang cara atau instrumen untuk mencapai matlamatnya.
7. Isu peribadi dan kerahsiaan. Di dalam kes di mana kegagalan untuk mendedahkan penyelesaian mengenai isu-isu awam seperti kesihatan, keselamatan dan kebajikan sosial akan dianggap tidak bermoral.
Penilaian untuk mencapai satu persetujuan yang adil adalah sebahagian daripada etika perundingan. Perunding harus mempertimbangkan sama ada keputusan yang tercapai adalah baik untuk pihak-pihak.
NOTA: GAMBAR SEKADAR HIASAN
OLEH: Maisarah Norkefli


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►