Friday, September 2, 2022

[1266.22] TINDAKAN MENGANIAYA KANAK-KANAK MEMBOLEHKAN ANDA DITUDUH DI MAHKAMAH JENAYAH


Tindakan menganiaya kanak-kanak membolehkan seseorang individu dihadapkan dengan pertuduhan di Mahkamah Jenayah. Tindakan menganiaya kanak-kanak adalah berdasarkan kepada Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang telah memperuntukkan berkaitan kesalahan penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau pendedahan kanak-kanak, iaitu mana-mana orang, yang merupakan orang yang mempunyai pemeliharaan seseorang kanak-kanak, yang menganiayai, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak- kanak itu atau bertindak secara cuai dengan cara yang mungkin akan menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi atau yang menyebabkan atau membenarkannya dianiayai, diabaikan, dibuang atau didedahkan sedemikian.
Maka, elemen yang perlu dibuktikan oleh pendakwaan adalah pertama, mangsa merupakan seorang kanak-kanak, kedua, tertuduh mempunyai pemeliharaan terhadap mangsa dan ketiga, tertuduh telah menganiaya mangsa sehingga menyebabkan kecederaan pada mangsa ketika mangsa di bawah pemeliharaannya. Contoh kes penganiayaan kanak-kanak yang pernah dihadapkan ke Mahkamah adalah baru-baru ini pada 31.10.2021 yang mana video seorang penjaga wanita tular kerana mengasari seorang kanak-kanak lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di sebuah Pusat Intervensi Autisme, telah dituduh di Mahkamah Sesyen Ampang dan kemudiannya mengaku tidak bersalah.

 

 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►