Tuesday, August 23, 2022

[1259.22] FAKTOR “INNOCENT CARRIER” YANG BOLEH DIPERTIMBANGKAN MAHKAMAH BAGI PERTUDUHAN DI BAWAH AKTA DADAH BERBAHAYA 1952


Pembelaan “innocent carrier” mewajarkan kepada hukuman alternatif iaitu penjara dan sebatan, dan bukan hukuman mati mandatori bagi pertuduhan melibatkan tertuduh di bawah Akta Dadah Berbahaya.
Faktor pertimbangan “innocent carrier” ini turut dibincangkan dan dibentangkan di Parlimen yang mana semasa pembentangan telah dinyatakan bahawa faktor tersebut adalah bertujuan mengambil kira niat utama kerajaan, untuk melindungi kepentingan awam, public interest dengan memberikan mesej pencegahan yang serius dan meningkatkan keberkesanan operasi bagi agensi penguatkuasa termasuk PDRM, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dalam membanteras masalah pengedaran dadah dalam negara Malaysia.
Lanjutan daripada itu, turut dibentangkan adalah cadangan pindaan tersebut adalah bagi memberi peluang kepada tertuduh untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memberi maklumat yang mereka memiliki, khususnya berkaitan dengan pihak-pihak terlibat dalam sindiket pengedaran dadah. Maklumat berkenaan boleh membantu agensi penguatkuasa, dalam usaha-usaha untuk membawa kepada penangkapan, penahanan
atau pendakwaan mana-mana orang yang terlibat dengan aktiviti pengedaran dadah.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►