Tuesday, August 23, 2022

[1254.22] HAK MILIK MUTLAK INDIVIDU KE ATAS HARTANAH


Hartanah yang telah didaftarkan di atas nama seseorang individu, maka, hak tersebut tidak boleh disangkal mengikut sistem Torren yang digunapakai bagi undang-undang tanah di Malaysia melainkan individu yang menuntut atau memfailkan suatu tindakan terhadap hartanah tersebut dapat membuktikan bahawa terdapat hal penipuan atau salahnyata, atau pendaftaran diperolehi secara pemalsuan sepertimana yang dinyatakan dalam Kanun Tanah Negara 1965.
Hal ini berturutan dengan undang-undang sedia ada, merujuk kepada Seksyen 340(1), (2) dan (3) Kanun Tanah Negara 1965 dan kes-kes awalan yang telah diputuskan seperti di dalam kes Kamarulzaman bin Omar & Ors vs Yakub bin Husin & Ors [2013] MLJU 1412, yang mana Mahkamah berpendapat bahawa setelah pendaftaran dilakukan ke atas sesebuah hartanah, hak pihak telah didaftarkan namanya ke atas hartanah tersebut tidak boleh disangkal atau dinafikan kepentingannya ke atas hartanah tersebut. Kepentingan adalah meliputi pegangan hakmilik atau kepentingan yang bebas daripada segala keburukan tuntutan yang tidak dicatatkan dalam daftar.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►