Tuesday, August 23, 2022

[1253.22] KES MEMBAWA DADAH DAN DITAHAN DI LAPANGAN TERBANG SERTA PENDIRIAN MAHKAMAH

 


Merujuk kepada kes Skhairol Anuar Zakaria Lwn. Pendakwa Raya [2022] MLRHU 75, di mana fakta yang tidak dinafikan adalah Tertuduh ketika ditahan tidak menunjukkan sebarang reaksi melawan atau melarikan diri yang mana juga telah disahkan oleh saksi-saksi yang berada di tempat kejadian yang menyatakan bahawa reaksi Tertuduh adalah jelas.
Pendakwaan telah menyatakan bahawa reaksi Tertuduh sedemikian kerana Tertuduh sedar dan tahu keadaan sekelilingnya yang telah dikepung oleh pihak polis serta anak dan keluarga Tertuduh berada di ruang tempat Tertuduh ditahan. Ini disokong pula oleh reaksi Tertuduh yang bersedia menunjukkan di mana letaknya dadah tersebut yang menunjukkan bahawa Tertuduh tidak mahu menyusahkan keluarganya.
Pendakwaan berpegang dengan pendapat Mahkamah Persekutuan di dalam kes Teh Hock Leong v. PP [2008] 1 MLRA 548 yang mana Di dalam kes ini Teruduh/Perayu telah ditangkap oleh pihak polis di pintu ketibaan penerbangan di KLIA. Perayu berdepan dengan pihak polis di pintu ketibaan yang merupakan kawasan sempit dan terhad tanpa terdapat sebarang ruang untuk perayu melarikan diri. Peluang perayu untuk melarikan diri adalah minimum memandangkan dia diiringi dan berada dalam kawasan terhad dalam bangunan KLIA. Apa-apa cubaan oleh perayu untuk membuang atau meninggalkan beg sandang tersebut akan kelihatan jelas serta nyata.
Maka, Hakim James Foong berdasarkan fakta ini berpendirian bahawa kesimpulan akan dibuat berdasarkan kepada kelakuan / tindak-tanduk Perayu/Tertuduh, yang perlulah diperiksa/ dipastikan/disiasat pada masa yang material. Keputusan Mahkamah Persekutuan ini menegaskan prinsip undang-undang yang
mantap
bahawa elemen pengetahuan boleh dibuktikan melalui inferens dari keadaan sekeliling dan situasi yang material.
Gambar sekadar hiasan


0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►