Berdasarkan kepada penguatkuasaan kerajaan ke atas larangan merokok berkuatkuasa pada 01.01.2020 yang lalu, jika mana-mana individu terlihat mana-mana individu tidak bertanggungjawab lain, yang melanggar arahan ini, maka aduan boleh dilaporkan.
Cara aduan boleh dilaporkan adalah dengan melaporkan apa saja maklumat mengenai perokok yang enggan berada tiga meter dari premis makanan untuk merokok boleh diadukan kepada kementerian itu melalui aplikasi WhatsApp dan telefon melalui nombor WhatsApp 010-8608949 atau dengan menghubungi talian 03-8892 4530 pada waktu pejabat.
Pengadu yang memfailkan laporan tersebut perlu mengemukakan maklumat lengkap mengenai kesalahan yang dilakukan bagi memudahkan tindakan diambil terhadap perokok terbabit. Bukti dan maklumat yang lengkap berkaitan kesalahan tersebut amatlah penting kerana supaya membolehkan pihak berkuasa mengeluarkan saman (jika perlu) terhadap pesalah berikutan perbuatan itu.
Izatul Nabila
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..