Wednesday, August 10, 2022

[1233.22] TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADHAN BOLEH DIAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG?


Bulan Ramadhan merupakan bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Bulan mulia ini merupakan bulan dimana umat Islam akan menunaikan ibadah fardhu iaitu berpuasa selama sebulan. Bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang perlu dihormati.
Tahukah kita bahawa dibawah Seksyen 15 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, dan Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 ada memperuntukkan hukuman bagi mereka yang tidak menghormati Ramadhan. Seksyen tersebut berbunyi seperti berikut:-
"Mana-mana orang yang pada waktu berpuasa dalam bulan Ramadhan-
(a) menjual kepada mana-mana orang Islam apa-apa makanan, minuman, rokok atau benda lain yang seumpamanya untuk dimakan, diminum atau dihisap serta-merta dalam waktu itu; atau
(b) secara terbuka atau di tempat awam didapati makan, minum atau menghisap rokok atau benda lain yang seumpamanya,
adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau berikutnya boleh didenda tidak melebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya."
Selamat Berpuasa.
Ain Syafiqeen


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►