Friday, July 22, 2022

[1203.22] UNDANG-UNDANG YANG MELINDUNGI SEORANG 'PEKERJA' DI NEGARA KITA.


Undang-undang berkaitan pekerja, pekerjaan, tempat kerja atau sebagainya dilindungi oleh dua Akta iaitu:-
1. Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Industrial Relation Act)
2. Akta Kerja 1955 (Employment Act 1955)
Perlu diketahui bahawa gaji seorang pekerja itu yang menentukan akta mana yang terpakai untuknya. Bagi Akta Kerja 1955, hanya pekerja yang menerima gaji tidak lebih dari RM2,000.00 sebulan yang akan dilindungi oleh Akta ini (termasuk semua pekerja manual tanpa had gaji). Seorang bukan warganegara yang sah penggajiannya juga dilindungi oleh Akta ini. Akta ini meperuntukkan perlindungan bagi pekerja-pekerja dari sebarang eksploitasi oleh majikan dan juga menggariskan faedah-faedah yang minimum perlu disediakan untuk pekerja yang dilindungi di bawah Akta ini.
(Harus diingatkan bahawa Akta Kerja 1955 ini hanya terpakai di Semenanjung Malaysia. Bagi Sabah dan Sarawak, Ordinan Buruh Sabah dan Ordinan Buruh Sarawak yang akan terpakai untuk mereka yang mana gaji yang ditetapkan adalah dibawah RM2,500.00)- Peruntukkan dalam kedua-dua Ordinan tersebut adalah hampir menyerupai Akta Kerja 1955.
Seterusnya, sekiranya gaji seseorang itu sudah melebihi RM2,000.00 sebulan, Akta Kerja 1955 sudah tidak terpakai untuknya. Seseorang tersebut akan dilindungi oleh Akta Perhubungan Perusahaan kerana gajinya yang melebihi RM2,000.00.


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►