Monday, April 11, 2022

[1171.22] SITUASI DI MANA PERJANJIAN TIMBANG TARA (ARBITRATION AGREEMENT) TIDAK AKAN BERKUATKUASA


Secara amnya, Mahkamah akan menguatkuasakan perjanjian timbang tara. Di bawah Seksyen 10 (1) Akta Timbang Tara 2005 (Arbitration Act 2005), Mahkamah Tinggi dikehendaki untuk menangguhkan prosiding mahkamah apabila perkara yang menjadi subjek litigasi adalah berkenaan perjanjian timbang tara. Mahkamah Tinggi tidak perlu membuat keputusan mengenai kewujudan pertikaian sebelum menangguhkan prosiding mahkamah sementara menunggu timbang tara (pending arbitration).
Walau bagaimanapun, perjanjian timbang tara tidak boleh dikuatkuasakan jika perjanjian itu terbatal dan tidak sah, tidak berfungsi atau tidak dapat dilaksanakan. Oleh itu penangguhan tidak akan diperintahkan jika Mahkamah Tinggi mendapati perjanjian timbang tara itu batal dan tidak sah, tidak berfungsi atau tidak mampu dilaksanakan. Perjanjian timbang tara juga tidak boleh dikuatkuasakan sekiranya pihak yang ingin menguatkuasakan perjanjian timbang tara mengambil langkah dalam prosiding mahkamah sebelum membuat permohonan untuk menangguhkan prosiding di bawah Seksyen 10 (1) Akta yang sama.
Menurut Mahkamah Persekutuan dalam Press Metal Sarawak Sdn Bhd lwn Etiqa Takaful Bhd [2016] 5 MLJ 417, pendekatan Mahkamah dalam mendengar permohonan untuk menangguhkan prosiding mahkamah sementara menunggu timbang tara di bawah Seksyen 10 Akta adalah untuk memerintahkan penangguhan walaupun apabila kesahihan perjanjian timbang tara dicabar, atau apabila satu pihak mendakwa bahawa pertikaian itu tidak termasuk dalam lingkungan perjanjian timbang tara, kerana pertikaian tersebut adalah perkara yang harus ditentukan oleh tribunal timbang tara pada peringkat pertama. Mana-mana pihak yang terkilan dengan dapatan bidang kuasa tribunal boleh merayu terhadap keputusan di bawah Seksyen 18(6) Akta yang sama.
NOTA: Gambar sekadar hiasan sahaja


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►