Monday, April 11, 2022

[1163.22] UNDANG-UNDANG MENGENAI PEMBERHENTIAN PEKERJA OLEH MAJIKAN


Pada sesuatu masa apabila sesebuah syarikat mengambil keputusan untuk memberhentikan pekerjanya, syarikat tersebut perlu untuk membuktikan bahawa pemberhentian tersebut mempunyai suatu sebab/alasan yang kukuh dan wajar. Oleh sebab itu, pihak yang memberhentikan pekerjanya harus mengemukakan bukti yang konkrit sama ada secara lisan atau secara bertulis bagi membuktikan fakta dan keadaan yang dianggap oleh mereka sebagai satu alasan yang wajar untuk menjustifikasi sebab pemberhentian pekerjanya itu.
Dalam kes Mohammad Syazmir Sulaiman lawan Plentitude Tebrau Sdn Bhd [2022] MELRU 23, tahap pembuktian adalah berdasarkan keseimbangan kebarangkalian.
Seterusnya, kes Nadarajah & Anor v Golf Resort (M) Sdn Bhd [1991] 2 MELR 271 ada menyebut seperti berikut:-
"It is therefore to be observed that in view of the provisions of s 30(5) of the Act, the Industrial Court must act according to equity, good conscience and the substantial merits of the case without regard to technicalities and legal form. Technical rules such as estoppel, limitation, lathes, acquiescence, etc, (unless otherwise provided for in the Act) have no place in industrial adjudication and they should not be allowed to be invoked for defeating claims which are just and proper."
Dalam kebanyakan kes, Mahkamah kebiasaannya mengambil maklum bahawa ia merupakan hak prerogatif pihak pengurusan syarikat untuk memutuskan sesuatu perkara berkenaan dengan syarikatnya. Justeru, Mahkamah kebiasaannya tidak akan campur tangan melainkan keputusan syarikat/majikan dibuat dengan niat mala fide.
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►