Wednesday, March 30, 2022

[1148.22] KENAPA NAK CERAI


"Apa hak isteri slps cerai khuluq?. Sya kahwin hmpir 22 th. Jiwa,emosi slalu sakit. Tmbhn skrg sya sakit jantung kronik. Tiada kemampuan utk melayan suami. Suami, tak memahami keadaan sya, spt tiada rasa belas kasihan pun, sya sakit...msih mahu dilayani... Sya brthn selama ini krna anak²
Hrp dpt pencerahan"
Banyak juga pertanyaan baru mengenai cerai. Pelbagai alasan. Tapi rata-rata agak ramai tidak bersetuju pandangan peguam bila saya menjawab. Jawapan saya simple.
Tidak perlu kepada perceraian kerana ia suatu yang tidak disukai Allah kerana jelas setiap masalah ada penyelesaiannya. Bawa berbincang dalam skop tertutup ataupun melalui orang tengah daripada keluarga atau profesional. InsyAllah akan ada jalan jika kita berlapang dada dan melihat secara positif.
Begitu juga dalam isu dalam permasalahan suami poligami, isteri tidak suka atau seperti persoalan di atas iaitu ketidakmampuan isteri akibat masalah kesihatan. Kenapa perlu kepda perceraian jika suami boleh poligami dan atau telah berpoligami. Hukumnya harus dan ia satu keperluan jika berlaku masalah seperti di atas.
Tolak tepi masalah emosi, fokus masalah utama yang patut kepada perceraian seperti ada berlakunya pelanggaran syariat (bab haram), penyiksaan/penderaan, kelalaian tanggungjawab nafkah dalam keluarga, penganiayaan khusus (ada masalah suami buat loan dan tinggalkan isteri), langgar taklik dan beberapa masalah lain. Jika masalah ini, saya bersetuju untuk permohonan cerai (apa jua jalan cerai) difailkan. Namun jika ada jalan penyelesaian, maka cuba berlapang dada mencari solusi kerana seberat mana jalan penyelesaian itu sekalipun sudah tentu ada jutaan hikmah di kemudian hari.
Tentang khuluk adalah permohonan cerai yang memerlukan satu pembayaran. Proses dan kesan boleh rujuk kepada artikel sebelum ini tentang khuluk.
NOTA: Gambar sekadar hiasan
MOHD HISHAM
www/wasap.my/60109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►