Thursday, February 24, 2022

[1095.22] GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA


Pernah atau tidak anda berasa tidak selesa di tempat kerja apabila rakan sekerja (berlainan jantina) anda tiba-tiba ajak makan dinner, beri hadiah mahal dan mula bermanja dengan anda?
Sekiranya anda sendiri mengalami situasi ini atau tahu sesiapa yang mengalami gangguan seksual ini, anda boleh lapor perkara ini kepada majikan dan kes ini haruslah disiasat di bawah Seksyen 81F Akta Kerja 1955.
Di dalam kes Loganathan Maniam v Murphy Sarawak Oil Co Ltd, Tertuduh telah dihadapkan ke mahkamah selepas tertuduh diberhentikan atas alasan salah laku seperti di bawah.
Antara gangguan seksual yang dilakukan tertuduh terhadap setiausahanya:
o Panggil mangsa ‘sayang’ di hadapan orang lain dan melalui hantaran mesej.
o Melakukan tindakan fizikal yang tidak senonoh seperti meletakkan tangannya ke atas bahu, bersalaman tanpa sebab setiap hari dan menyentuh pipi mangsa.
o Memberi hadiah yang tidak diingini seperti minyak wangi Armani Code, krim tangan, bunga, coklat dan perhatian yang tidak perlu melalui mesej dan in-person.
o Meminta mangsa melakukan pekerjaan di luar bidangnya seperti mengambil tertuduh dari airport, mengikut tertuduh membeli pakaian untuk dinner dan meminta mangsa membawanya ke bilik hotel.
Mungkin sesetengah orang menganggap perkara ini perkara biasa dan tak ada kena mengena dengan gangguan seksual di tempat kerja. Malah ada juga yang menganggap ia adalah hubungan akrab biasa antara rakan sekerja.
Tetapi hubungan antara rakan sekerja ini ada batasnya dan perkara ini juga boleh dikira sebagai gangguan seksual.
Kalau rakan sekerja itu isteri atau teman wanita/lelaki semasa bekerja atau sebelum bekerja, itu isu lain.
Nota: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►