Rujukan berhubung rayuan kes jenayah adalah berdasarkan kepada SEKSYEN 316 KANUN TATACARA JENAYAH. Sebelum seseorang Hakim Mahkamah yang mendengar kes rayuan jenayah menjatuhkan hukuman, terdapat beberapa prinsip atau asas undang-undang yang perlu diberi perhatian. Namun, terdapat budi bicara yang luas bagi seseorang Hakim dalam menetapkan hukuman. [Rujuk kes BHANDULANANDA JAYATILAKE v. PUBLIC PROSECUTOR [1981] 1 MLRA 304 dan PUBLIC PROSECUTOR V. LOO CHOON FATT [1976] 1 MLRH 23]
Kebiasannya, di dalam sesuatu kes rayuan yang melibatkan rayuan tentang hukuman, Mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan sama sekali melibatkan diri untuk meminda atau mengubah sesuatu hukuman itu melainkan dapat dilihat suatu keadaan bahawa hukuman yang dirayu itu berlebihan atau tidak bersesuaian atau didapati dalam menetapkan hukuman itu, Mahkamah di bawah telah gagal mengambilkira kesemua faktor yang relevan ke atas pelaku sebelum menjatuhkan suatu hukuman. [Rujuk kes PUBLIC PROSECUTOR V SULAIMAN BIN AHMAD [1993] 1 MLJ 74].
Kebiasannya, antara sebab rayuan jenayah difailkan adalah berkisar tentang hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah di bawah tidak memadai dan tidak berpadanan / commensurate dengan kesalahan yang dilakukan serta pertimbangan faktor kepentingan awam dalam menjatuhkan hukuman tersebut. Alasan-alasan rayuan yang telah diperincikan, seterusnya hendaklah dibuktikan bagi mewajarkan rayuan dibenarkan, sama ada dalam mengurangkan hukuman atau hukuman sedia ada diberatkan lagi.
Izatul Nabila
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..