Wednesday, December 15, 2021

[1048.21] TUNJUK ISYARAT LUCAH


Pernahkah anda berhadapan dengan situasi di mana orang yang dikenali / tidak dikenali memberikan isyarat lucah akibat ketidakpuasan hati atau tanda protes?
Seringkali juga berlaku situasi di mana, pengguna jalan raya tidak kira penunggang motosikal atau pemandu kereta menunjukkan isyarat lucah kerana tidak berpuas hati dengan anda ketika anda menukar laluan atau keluar simpang. Menunjukkan isyarat lucah merupakan kesalahan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955 yang membawa hukuman denda maksimum RM100 atau penjara 10 hari.
Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) - Kelakuan Aib
Sesiapa pun yang menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan, mengugut, aib atau menghina atau berkelakuan dengan cara yang mengugut atau menghina atau menampalkan atau melekatkan atau mempamerkan sebarang kertas bertulis atau lukisan yang kurang sopan mengugut aib atau menghinakan dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan atau di mana keamanan mungkin terganggu boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM100.
Apa yang perlu dilakukan adalah, laporkan hal tersebut kepada pihak polis dan lampirkan butiran-butiran berkaitan untuk tindakan polis. Anda sebagai pengguna jalan raya pun perlulah berhati-hati dan peka dengan keadaan pemandu jalan raya yang lain. Jangan sesuka hati tukar laluan atau tiba-tiba masuk/keluar simpang tanpa bagi signal
NOTA: Gambar sekadar hiasan


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►