Monday, November 1, 2021

[1007.21] LAPORAN MAKLUMAT PERTAMA / FIRST INFORMATION REPORT (FIR)


FIR merupakan maklumat awal yang berkaitan dengan sesuatu kesalahan yang berlaku yang diberikan kepada pihak polis dibawah Seksyen 107 Kanun Tatacara Jenayah. FIR kebiasaannya dibuat sejurus selepas kejadian/diketahui. Siasatan polis kebiasaanya akan dimulakan dengan FIR tetapi dalam sesetengah kes, siasatan tidak bermula dengan FIR seperti mana yang tertulis dalam kes Herchun Singh & Ors v. Public Prosecutor [1969] 1 LNS 52 dimana Mahkamah Persekutuan menyebut -
"...The first information report is not an Encyclopaedia. It is not the beginning and ending of every case. It is only a complaint to set the affairs of law and order in motion. It is only at the investigation stage that all the details can be gathered and filled up..."
Seksyen 107 dinyatakan bahawa sekiranya FIR diberikan kepada pegawai yang bertugas di balai polis secara lisan, pegawai yang bertugas tersebut harus menulis dan membacakan semula laporan tersebut kepada pihak yang membuat laporan. Maklumat tersebut harus kemudiannya direkodkan didalam buku dan ditandatangan oleh pihak yang membuat laporan sebelum disimpan oleh pegawai yang bertugas.
Kegagalan menandatangani FIR merupakan suatu kesalahan dibawah Seksyen 180 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan atau denda sebanyak RM 1,000 atau kedua-duanya sekali.
Terdapat beberapa kategori orang yang boleh membuat FIR termasuklah saksi mata kejadian, mangsa kejadian, dengarcakap, pegawai polis yang mempunyai pengetahuan atau suspek tempat kejadian, kenalan atau keluarga mangsa yang tahu tentang kejadian yang berlaku, orang yang dituduh itu sendiri dan beberapa lagi kategori lain.
Juga perlu diketahui bahawa, FIR ini tidak boleh ditolak malah harus diolah dalam bentuk bertulis mengenai apa jua ‘complaint’ ataupun maklumat berkaitan dengan kesalahan yang berlaku. Ini telah diperuntukkan di dalam Seksyen 107(4) KTJ dimana ia jelas mengatakan bahawa pegawai polis adalah terikat dengan tugas untuk menerima sebarang maklumat yang berkaitan dengan mana-mana kesalahan yang berlaku dalam negara ini.
Nota: Gambar sekadar hiasan
Oleh,
Ain Syafiqeen
0109647961


 

0 komen:

Dah baca sila bagi sepatah kata..

◄ Newer Post Older Post ►