Secara lazimnya, kemalangan jalan raya berlaku akibat daripada kecuaian pemandu jalan raya yang tidak berhati-hati. Jarak di antara kenderaan adalah penting ketika pemanduan. Pemandu di belakang haruslah menjaga jarak dengan kenderaan di hadapan. Jika tidak, ia memang menjadi satu kesalahan bagi pemandu di belakang. Walaubagaimanapun, tidak semestinya ia menjadi kesalahan pemandu di belakang secara menyeluruh jika pemandu di hadapan cuai (negligent).Fakta-fakta tersendiri yang terlibat dalam perlanggaran dari belakang ini harus diambilkira.
Sebagai contoh, dalam kes Abdullah Karim v Ahmad Abdullah & Anor [1991] 2 CLJ (Rep) 238, hakim memutuskan bahawa pemandu di hadapan menyumbang 25% kepada kemalangan kerana tidak memerhati sekeliling terlebih dahulu semasa memberhentikan bas untuk mengambil penumpang manakala 75% lagi pula adalah menjadi kesalahan pemandu di belakang kerana tidak menjaga jarak dengan kenderaan di hadapannya.
Kesalahan pemandu di hadapan jarang-jarang berlaku dalam kes perlanggaran dari belakang ini tetapi berdasarkan kes Kamaruddin Mohd Nor & Anor v Soon Soo Moe & Anor [1998] 4 CLJ Supp 301:
“Adalah menjadi 100% kesalahan pemandu di hadapan sekiranya pemandu di belakang tidak berkesempatan untuk mengelak daripada berlanggar dengan kenderaan di hadapannya akibat dari kemasukan secara tiba-tiba kenderaan di hadapan sewaktu ia mahu menukar lorong ataupun semasa membuat U-turn."
Jadi sekiranya anda terlibat dalam kemalangan iaitu langgar dari belakang (kenalpasti semua faktor yang boleh mengakibatkan kemalangan tersebut. Merakamkan insiden kejadian menggunakan dashboard camera amatlah membantu.
Nota: Gambar sekadar hiasan
Oleh,
Nur Zahirah Bahari
0109647961
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..