Seksyen 11(b): Bila fakta yang selainnya tidak berkaitan menjadi berkaitan (jika dengan sendirinya atau berkaitan dengan fakta lain)
Seksyen 14: Fakta yang menunjukkan kewujudan keadaan akal fikiran atau keadaan tubuh atau perasaan tubuh
Seksyen 15: Fakta berkenaan dengan soal sama ada perbuatan dilakukan dengan tidak sengaja atau dengan #sengaja
Keterangan fakta yang SERUPA adalah keterangan yang dikemukakan di #Mahkamah untuk membuktikan bahawa #tertuduh sebelum ini mempunyai kesalahan selain daripada yang didakwa. Contoh keterangan yang dikemukakan adalah seperti kesalahan terdahulu yang dilakukan oleh tertuduh DIBENARKAN untuk membuktikan kesalahan terhadap tertuduh sekarang, kerana nature kesalahan terdahulu dengan kesalahan sekarang dituduh.
KESIMPULAN:
Isu yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah: Sama ada nilai probatif ('probative value') keterangan fakta serupa tersebut adalah melebihi kesan kemudaratan ('prejudicial effect')? Sekiranya Hakim berpendapat penerimaan keterangan fakta serupa (SFE) akan memberi prejudis kepada tertuduh di mana tertuduh kemudian menjadi mangsa, ini menunjukkan bahawa kesan kemudaratan keterangan fakta serupa tersebut melebihi nilai probatifnya (prejudicial effect outweigh its probative value), Maka, bukti tidak boleh diterima oleh Mahkamah.
Izatul Nabila
+60109647961
0 komen:
Dah baca sila bagi sepatah kata..